Saturday, February 26, 2011

MATLAMAT

Kita sering mendengar orang berkata ''tetapkan matlamat'' sebelum usahakan sesuatu.
Ada matlamat jangka pendek, matlamat jangka panjang . Kenapa perlu tetapkan matlamat? fikirkan...

M - masa
A - akan
T - tiba
L - lantaran
A - anda
M - mahu/mula
A - atau
T - tidak
>
Jadi, nampak kan? matlamat dikaitkan dengan masa...
'Masa' itu pasti akan tiba walaupun kita tak mahu, 'masa' juga akan berlalu
alangkah ruginya kita tidak mendapat apa-apa hasil ketika 'masa' itu tiba..
>
>
Jadi, rancanglah dengan teliti, tetapkan objektif dan matlamat anda, sekarang juga!

reNUNG-RENUNGKan

Si Perancang Masa Depan:
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.
>
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
>
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
>
>
Si Pencari Haluan:
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
>
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
>
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri : mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
>
>
Si Pejuang:
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
>
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap
yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
>
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.