Hanya mereka yang berani gagal sangat pernah dapat mencapai sangat." Robert F. Kennedy.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm ... ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya tempuhi. Walaupun saya tahu kegagalan mengajar banyak perkara baru, saya masih lagi takut jika terpaksa berdepan lagi dengan kegagalan.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mahu capai sesuatu tetapi takut jika anda gagal? Adakah anda takutkan kegagalan hingga anda takut dan tidak mahu mencuba? Mungkin anda mahu menulis buku tetapi takut jika ia tidak mendapat sambutan. Mungkin anda mahu memasuki mana-mana pertandingan tetapi anda takut kalah kerana terlalu ramai peserta hebat menyertainya. Mungkin anda mahu berkenalan dengan seseorang yang begitu menarik perhatian anda tetapi anda takut jika dia tidak berminat untuk kenal lebih rapat dengan anda.
Walau apa pun situasinya, mutiara kata ini mengingatkan kita bahawa jika kemungkinan untuk kita gagal itu begitu besar dan hebat, kemungkinan untuk berjaya juga begitu besar dan hebat. Selamat mencuba untuk mencapai apa-apa sahaja yang anda inginkan.
No comments:
Post a Comment