Ya, entah mengapa perasaan saya rasa lebih seronok jika dapat melihat para pelajar berubah. Ya, berubah menjadi seorang pelajar yang menghormati guru. Berubah menjadi seorang pelajar yang datang ke sekolah dengan niat untuk menimba ilmu.
Sangat berbeza
dengan zaman persekolahan saya. Bila cikgu datang semua senyap. Bila
cikgu menjerit semua takut. Sekarang? Cikgu menjerit suruh senyap para pelajar buat suara - suara sumbang. Cikgu praktikal seperti tiada fungsi langsung terhadap pelajar. Kerana itu saya sedih melihat para pelajar sekarang. Alangkah indahnya saya dapat ubah perangai mereka.
Saya x berapa suka dari kecik lagi apabila melihat budak-budak bercakap bodoh, sial, bangang dan sebagainya. Tapi bila saya berpraktikal di sini, para pelajar sudah menjadikan perkataan-perkataan itu sebagai ayat-ayat “kebiasaan” mereka.
Jangan cakap kerja cikgu itu senang.
Kalau dapat para pelajar yang ok mungkin proses pengajaran berlaku
dengan senang tanpa masalah. Tetapi ingat, para pelajar semakin teruk
akhlak mereka, nak kawal pelajar seramai 30 orang bukan suatu kerja yang
mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menghormati kita.
No comments:
Post a Comment