Saturday, March 28, 2015

29/3/2015 - 20w 5d @ 5 month already

Alhamdulillah, melalui saat ini yg dinanti. Baby kecil di dalam rahimku. Tp pada masa yg sama rasa kaki tangan kebas je, pastu perut rasa sakit sikit kat bahagian bawah. Serius, tiap kali sakit perut sy akan terfikir pasal baby. Risau, bagaimana agaknya keadaan dia di dalam rahim ku. Hurmm... tapi tiap kali itu juga sy akan berdoa semoga Allah memelihara anak dalam kandungan dalam kandunganku. Sakit tu mungkin juga sebab baby baru nak membesar, risau jgk. Harap ye baby ok, mungkin rasa sakit tu tekanan dari rahim yang nak membesar.
Alhamdulillah, diri ini xada sebarang alahan. Boleh hidu bau apa pun, xpening, xloya, xmoody and xalami perubahan emosi macam sesetengah orang. Mungkin sedikit manja dan cepat menangis. Tak tahu kenapa. Tapi saat tu sangat mudah tersentuh. Perut juga makin membesar, boleh rasa yang diri sedang mengandung. Perasaan yang sukar dinyatakan. Subhanallah...... begitu besar kuasa Allah. Dalam badan manusia, ada manusia lain yang hidup dalam alam yang berbeza. Alam Rahim. Hari-hari berlalu dengan pantas. Terima kasih pada suami kerana begitu menitik beratkan kesihatan ketika mengandung.

2 comments: