Wednesday, July 8, 2015

Kencing kotor (8/7/2015)

Assalamualaikum, today entry nak share pasal Kencing Kotor, penyakit yang selalu melanda perempuan yang preggy ... huhuhuhu.... Sy jugak tak terlepas terkena penyakit ini... huhuhu

6/7/2015-buat checkup hamil di kd chendering. Kandungan gula tinggi dalam air kencing dan serta merta misi buat BSP dgn bacaan 6.2 (tinggi). Ops, sy berbuka dan bersahur dgn air milo. Berat badan pun turun 2kg dalam tempoh seminggu.


7/7/2015-misi kd chendering call dan maklum kena pergi ke klinik air jernih utk test urine dan jumpa doktor krn result 6/7/2015 yg kurang memuaskan.

8/7/2015-td test urine dan jumpa doktor. doktor bgtahu result hari ni ada kencing kotor. esk kena hantar semula urine dimakmal selewatnya 10a.m. Dibekalkan plastik & bekas utk urine test & ubat antibiotik. Dibuat esok pg bgn sahur dan selepas buang air kecik baru mkn ubat antibiotik. Antibiotik utk meghapuskan kuman yg ada dalam urine kita. Hari ni rasa sgt2 pedih bwh rahim. Patut la sejak2 ni rasa sakit je semasa bergerak/berjalan. Semoga after a week consume ubat antibiotik sy sembuh 100%, no more kencing kotor...

Wednesday, July 1, 2015

sakit sendi di buku lali

Assalamualaikum. Hari ini 2 Julai 2015 berada di Ramadhan ke 15. Alhamdulillah, puasa penuh sehingga hari ini dan harapnya bertahan hingga ke akhir ramadhan. Inshaallah. Ingatkan dah x kena sakit urat sbb dah lama x rasa. Tapi tetiba kena sakit sendi kaki dibuku lali 23 Jun 2015 jam 10.30a.m, masa tu cuti dan tgh tidur dan sesorang dalam bilik. cuma menyerang dalam masa 15 minit. sakit teramat hingga tak tertahan.
Kali ke-2 kena sakit sendi dibuku lali subuh tadi jam 4.00p.m. Tengah tido nyenyak tetiba rasa sakit urat tu. terus bgn terduduk tak tahan. niatnya x nk kejut abg kat sebelah tp sbb x surut2 kejut jgk la. mujur la ada abg tolong gosok2 urat kaki. lama jgk kena sekitar 30 minit. sampai berair mata tak tertahan. harapnya x de lg sakit urat ni. alkisahnya kelmaren bnyk sgt jalan2. mungkin sbb tu kot kena sakit urat. serik yerrr....

Saturday, May 30, 2015

Barang-barang baby & barang-barang ummi seterusnya

Assalam... Alhamdulillah, 30 minggu sudah.Walaupun dah siapkan semua keperluan baby dalam beg galas belakang dan di asingkan bagi keperluan baby di labour room dan keperluan baby di wad.  Harap yer barang tu semua cukup utk baby.
Malam td pergi sabasun, rambang mata tgk brg2 baby.
1) Berkenan tgk beg baby yg cute. Beg baby tu nnti utk dibawa ke klinik/school nti. Warna pilihan dark blue/fiffy. Cute sgt. Beli yg bersaiz sederhana jerk. Harganya cuma RM27 (selepas gst). Harap yer muat la letak brg2 baby nnti..
2) Sempat jugak tgk breast pump yg murah2 utk digunakan semasa berpantang nti (incase baby x reti bf direct so boleh la digunakan dalam botol susu. Harganya cuma RM24 (selepas gst). 


Image result for pam susu pureen

3) Ummi jugak beli maternity pads (pad bersalin) utk kegunaan di hospital nanti. (10pcs shj). Pek percubaan. Tetiba tertgk pad ni yg kakak ipar beli utk dia bersalin (inshaAllah minggu ni dia deliver). Harap ye x membazir sebab dah beli stok pek besar jenis kotex.   Harganya cuma RM10 (selepas gst)
 

4) Ummi jugak beli disposable panties (utk kegunaan dihospital).

Semoga semua barang2 ini dapat digunakan semasa berpantang nnti. InshaAllah, berharap dipermudahkan. Semoga tempoh yg diberikan oleh misi kd cendering sehingga 39w perlu melahirkan baby. 9w adalah tempoh yang singkat. berdebar2 rasa hati ini. :)



Wednesday, April 29, 2015

Simpul Biawak @ Kekejangan Kaki


Pelik tak, tapi sy selalu alami ni sejak zaman remaja lagi. Tapi selalu kena kat paha sebabnya dok meneran lama kat dalam toilet. huhuhuhuuuu. Takpun, kena dekat tapak kaki. Perghh dia punya terkejut masa terkena simpul biawak ni, boleh bawak nangis kot Y______Y

Bila mengandung ni, masuk 2nd trimester je terus kena kat betis. Sy terus rajin google dan dapat sedikit info ini :-

Beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil
* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
* Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
* Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar
 
 Apakah cara untuk melegakan :-
* Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (rujuk gambar atas tu)
* Urut otot yang kejang itu.
* Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.

Monday, April 20, 2015

Kandungan dah 24 minggu


Alhamdulillah, 21/4/2015 usia kandungan sy cukup-cukup 24 minggu. InshaAllah diri ini bertambah sehat dan yg paling best sy dah amalkan susu dutch lady (low fat) atas nasihat pakar diet. Selamat tinggal susu Anmum krn kadungan gula yang tinggi. Sejak2 tak tertahan dengan sakit urat dipergelangan tangan ni, sy nekad untuk amalkan minum susu spt dibawah ni.



Sekejap je rasanya dah masuk trimester ketiga. Masa awal-awal dulu rasa lambat sangat masa berjalan. Tapi bila dh lepas 5 bulan rasa cepat pulak. Dah mula rasa nervous. Hehe. 

Jom tgk apa brg yg belum dibeli:
  • dah boleh beli baby care & grooming sket2 mcm lotion, toiletries, bathtub, etc2...
  • boleh top up baju2 baby dan sebagainya...
  • carseat & stroller maybe blh KIV dulu sehingga baby lahir...ikot keperluan masing2 :)








INGAT! keperluan kita takkan sama dgn keperluan org lain...kita yg kena tentukan semua tu sebelum membeli..
check checklist balik k supaya takde barang2 penting yg tertinggal...
 

Buat kawan-kawan yang masih lagi menanti saat bergelar ibu, saya sentiasa doakan kalian. Jangan putus asa. Allah dan tetapkan rezeki untuk kita. Insyaallah akan sampai masanya. Doakan saya dan baby sihat ye. =)

Sunday, April 19, 2015

Bosan sy

Assalam. Sy dah bosan tahap gabang. BOSANG SUDAH!!! Rasa nak meletop jer kemarahan diri ini. Kalu stakat nak tahu tarikh mesyuarat sokmo2 tanya. Bila mesyuarat? Bila mesyuarat? Dah yg sy email setiap minggu maklum tu, nape x ambik hal ttg tarikh MPU. Pastu bila tahu tarikh mesyuarat, kertas x hantar2 pun. Kalu mesyuarat batat sebok tanya lagi.. Bila nk mesyuarat. ERKKK!!!! BOSAN TUUU... Kalu kertas lambat masuk MPU pandai pulak nk komen, dah kertas hantar seminggu dah, x masuk2 mesyuarat lagi ke? Mana saya tahu, kertas tu sampai lewat ke kita... Sampai pun selepas mesyuarat. SAYA BOSAN KALU KENA KOMPLEN JERK!!!

**Ya Allah, kuatkan lah hati ini.

Saturday, April 11, 2015

Playpen baby


Assalamualaikum.
Hari ni hati berbunga-bunga sbbnya dah shoping playpen baby kelmaren dgn en. husband. En. Husband dengan murah hati menawarkan utk beli terus setelah membuat survey dari minggu lepas. Seronok yerrr. Kelmaren mencari di 2 lokasi iaitu pertama singgah kat baby center di ladang dah habis. Persinggahan ke dua di kedai anakku. Rezeki kami tgk harga RM216 dgn pakage tempat tukar lampin dan kelambu. En. Husband kata ok la dgn badget yg ada. Beli terus la. Sale pun tak tahu bila pulak. Kang x de stok kang.... hehehhehehehhe. Inilah dia playpen yg dibeli oleh En. Husband kelmaren yg berwarna biru/hijau lembut. Cuma nti ummi kena beli bantal untuk baby. Tilam pulak guna toto yg ada la. Ummi dapat 1 toto nipis dan 1 toto tebal hadiah kahwin dulu. Tersimpan indah ditepi dinding. Akhirnya rupanya rezeki bb utk gunakan ni. Kang dah jimat situ. Nanti kita tgk toto mana yg sesuai utk bb ye. Alhamdulillah, semoga murah rezeki En. Husband. Nanti leh belanja stroller & car seat pulak. Tp InshaAllah, utk bb akan di usahakan keperluan tu. Semoga bb sehat dan selamat dilahirkan ke dunia ini. Aminn.