Tuesday, December 30, 2014

Alahan masa mengandung

Assalamualaikum dan salam rabu untuk semua....

Alhamdulillah hari ni kandungan saya masuk 8 minggu 1 hari...
Cukup-cukup 2 bulan 1 hari...


Saya nak citer pasal alahan dan perubahan yang dah dilalui selama 2 bulan ni...

MUAL DAN MUNTAH

Start rasa mual, loya dan nak muntah-muntah ni masa kandungan masuk 7 minggu...
Orang putih cakap morning sickness..
Tapi saya ni bukan setakat morning...tak tentu masa..
Kalu pagi yang paling teruk time gosok gigi...dia punya sakit masa nak muntah tu memang dasyat..
Pagi kalau muntah keluar sket je...kadang-kadang keluar air je.
Tapi sakit yang tak tahan tu...sakit sebab ada tekanan dari perut...
Nak boleh stop uwek-uwek tu sampai keluar air mata dulu...
Malam lepas makan dia start pening dan loya....
Selera makan memang menaik masa 2 bulan pertama....
Saya tak ajar sangat makan asam-asam/ jeruk takut effect pada baby...

 
KERAP BUANG AIR KECIK

Masa awal pregnant, tak kerap sangat saya buang air kecil...
Tapi sejak kandungan dah cecah 2 bulan, subuh hari jadi agak kerap jugak gi toilet...
Maybe saya banyak minum air kut kalau  nak compare sebelum mengandung..
Dulu susah sangat nak minum air, lebih-lebih lagi air masak...
Kalau minum air boleh habis segelas pun time lepas makan tengahari..
Waktu lain nak habis satu gelas sangatlah susah...

Sekarang tidak lagi...air masak selalu ada kat sebelah tempat tidor...
Kat ofis pun memang rajin cari air masak...sebab tu kerap buang air kut..
Tak kisahlah asalkan saya sihat, baby sihat dan my urine tak kotor...
Sebab tu kena minum air masak banyak-banyak....:)
 
JERAWAT
 
Oh..ini adalah masalah utama saya masa pregnant..
Jerawat naik menjadi-jadi kat muka terutama kat bawah pipi...
Amboi dia punya naik tak pernah-pernah jadi macam ni...
Tak taulah kenapa...tapi kalau apa yang saya baca mungkin disebabkan perubahan hormon..
Malas nak fikir sangat..buat 'dont nor' je lah..
Kalau fikir sangat nanti saya stress...betul tak...
Yang penting saya cuci muka tiap-tiap hari...
 
GANGGUAN EMOSI

Saya akui sejak awal mengandung, emosi saya sangat mudah terganggu...
Rasa nak marah orang..rasa geram kat orang, rasa mudah tersinggung...
Orang yang paling teruk kena tempias adalah husband sendiri..
Ada la jugak saya ni kuat merajuk..
Kalau dulu boleh je temankan tgk tv sekarang sy selalu tido awl, letak atas bantal je lena terus
Saya tidor takde masalah pun...lena takde effect lansung...
Banyakkan bersabar layan kerenah isteri mu ini sampai baby selamat lahir...

Rasanya itu jelah kut perubahan-perubahan utama yang saya alami selama mengandung 2 bulan ni...ada lagi lah sket-sket tapi tak ketara sangat kut...rasanya setiap orang berbeza kut...ada yang takde alahan lansung...ada orang sampai ke akhir mengandung pun masih lagi alami alahan...tapi itu semua orang kata cabaran dan nikmat masa mengandung....wassalam....(^_^)
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday, December 17, 2014

Kenangan di HSNZ

Assalamualaikum.
Syukur masih diberi kesihatan yg baik. Walaupun sejak2 ini selera makan bertambah-tambah. Ingin coretkan pengalaman 2 mlm di wad HSNZ Pengalaman yg sgt2 menakutkan. Harap2 akan bertandang lg untuk deliver nnti. Nantikan 9 bulan nnti.
Pada 9 Dis 2014, selasa jam 8.00mlm - malam tu sakit perut. so pegi klinik panel muslimah doc suspek mengandung luar rahim!! Terus dpt surat reference letter ke HSNZ. Sedihnye dengar. Kalu betul mengandung di luar rahim sgt bahaya pd ibu hamil. Mula lah fikir macam2 dalam kepala ni. Kesihatan puan agak kurang memuaskan kerana nadi bergerak laju. Jam 10.00mlm jugak kami ke HSNZ dan daftar untuk chec up. Risau hati dibuatnya. Selepas di daftar di kaunter pendaftaran, ku perlu dirujuk ke bilik 2. Seterusnya masuk ke bilik kritikal. Disitu segala jenis pesakit dapat kulihat. En Husband hanya tunggu diluar dgn segala peralatanku pd en. husband. Risau pulak sbb tinggalkan en. husband seorang diluar tanpa arah. Beberapa kali jugak minta ihsan nurse carikan en. husband rupanya dia tunggu di luar HSNZ. bila dah nampak en. husband dtg ke bilik kritikal ni rasa lega sgt2. Tersengih2 dia lihat keadaanku dgn jarum ditangan dicucuk air. Sebotol air selamat dimasukkan dalam badanku. Turut dirasakan kesejukan hingga ke tulang. Mmg terketar2 lar keadaan disitu dgn bergilir-gilir doc dtg silih berganti. Darah diambil sebanyak 3 kali utk ujian hcg level nak tgk ketepatan mengandung.. Sakit dan terketar2 badan menahan sakit. Air sebotol selesai jam 2.30 pg dan dibawa naik ke wad 5ef utk check in. Bagitahu en. husband, kena tido kat wad sorang2 mlm ni dan salam2 dulu. En. husband pun keje pg esok dan dia pun kena balik umh mertua. Tetiba doc perempuan panggil untuk check up samada ectopic. Dia tekan rahim dengan tanganya shj. Rasa seperti ditolak2 jer dan tidak sakit. Alhamdulillah. Seterusnya, doc lelaki pulak ambik darah untuk ujian 2 test berikutnya. Mata dah ngantuk2. En. husband pulak dah tunggu kat luar dgn beg pakaian. Doc bgtau, kalu tak sakit ni, InshaAllah, doc bgtahu kandungan di dalam rahim dan ok. Masa tu, Tuhan je yg tahu, rasa legaa. Senang hati dgr doc ckp kandungan ok. Pesan doc padaku, esok tunggu doc pakar buat check up susulan. Jam 3.00 pagi ku dibawa ke bed. huhhuhhuuu... mata x ngantuk. asyik terjaga2 jerk. Suasana cerah jerk subuh2 hari. Nurse2 dtg check up setiap 4 jam.   
Pada 10 Dis 2014, Rabu terjaga subuh. Lenguh urat badan dan badan rasa sgt x sehat. Ini gara2 jarum kat tgn x leh buang2 lg. Sakittt!!!! Terasa besarnya ujian Allah bagi.





Luch hour mama & dilah datang. Sembang2 sikit dan x lar boring sgt. Ptg tu masih tiada doc pakar dtg pun utk check up. Nurse & doc pelatih je dtg check up kesihatan. Nurse bgtahu ada demam ni. Dalam hati (sejuk sgt mlm td kat bilik kritikal) tentu la bertambah x sihat dibuatnya. Jam 6.30 petang minta en. husband tolong tanyakan nurse nak keluar ni. Nurse bgtahu mungkin kena wad hingga sabtu nnti sbb kena wat ujian darah lg.. Ohhh tidakkk... Serunn yerrr wase kat wad ni. Serikk sungguh. huhhuhhuu
Jam 7.40 en. husband dah kena balik sbb nak solat mgrib. En, Husband ckp dia dtg lepas keje pulak. Tiap2 waktu doa x putus, agar diberi balik awal. Rela rehat kat umh jerk... x larat duduk kat wad.
Pada 11 Dis 2014, Khamis- hari yg ditunggu2. Jam 10.30 pg ada doc pakar wat check up di wad. Alhamdulillah TVS selamat dibuat. Hasilnya nampak kantung baby. Tersenyum sy ditunjukkan gambar itu. Bersaiz 0.63cm. Alhamdulillah, cantik berada dirahim. Awk boleh discharge wad ptg nti. Syukur dengan nikmatMu ini. Mc diberikan dari 10-17 Dis 2014. (8hari). Keje bos yg tolong buatkan. Kesian bos...


Terima kasih buat en. husband dan keluarga yg mendoakan kesihatan sy. Kesian en. husband terpaksa berkejar ke wad setiap ptg sepanjang disini. Moga Allah berikan yg terbaik untuk ku dan keluarga kecilku ini. To my little one "Happy to carry you. Hopefully you were fine!!!'

Mari bersabar dan terus berdoa. Terima kasih.


Sunday, December 7, 2014

MUNGKIN PREGNENT!

Assalamualaikum. Sy sendiri tidak pasti tanda-tanda yang ada pada diri ini samaada hamil atau period.
Tarikh akhir period 5 November 2014. Jadi hari ini 8 Disember 2014 cycle ke-33. Kebiasaannya hari ke-28 semestinya period. kiranya sy sudah lewat 6 hari.

Sy pernah buat UPT selepas 3 hari period lewat. Tetapi hasilnya hampa NEGATIF. Mama ada nasihatkan sy agar buat UPT tunggu sebulan. Tapi sy mmg jenis excited. Kecewa jugek ni...


Tengahari td ke klinik Doc Hafizah depan UniSZA kerana perut senak dan pening kepala. Result dia taddaaaaaaaaaaaaaa...... line ke-2 samar2. Doc bgtau dtg lg minggu dpn. Kita test semula. Kalau samar2 gini result 50/50 jerk... MUNGKIN PREGNENT!






Saturday, December 6, 2014

Berita gembira kami bakal dapat anak buah

Alhamdulillah. 
Sejak menjak ni banyak sgt kedengaran tentang berita kehamilan. InshaAllah, kami masih berusaha selagi mampu. Minggu lepas dapat berita abg ipar bakal dapat anak buah. Tetiba malam td dapat berita abg ipar tersebut bakal dapat anak. Bahagia yerrrr. Semoga kandungan mereka sehat2 saja.

Wednesday, November 26, 2014

Baby comel sgt

Gambar baby comel mmgbuatkan kita geram nak tgk kan.... dengan matanya yang sgt bulat.. plus lagi yg montel-montel.. mmg geram nak pegang n picit-picit dia.... tengok hasil pencarian yg berkenan di ati yang mmg sangat comel tiada tandingan... hehehe




                                                             -sweet yerrr-

                                                                 -cute yerrr-

Sy belum mengandung lagiii.... Cuma berharap jugak dapat rezeki buat kami....

Gagal lagiiii!!!

SALam semua
Sy gagal lagi peperiksaan..... Tension tol la..... Tahun nie thun ke3 sy ambik periksa KPSL (kenaikan pangkat secara lantikan).. Walaupun dah tinggal 2 paper je tp sy gagal kedua2nya.... Thun 2012 kali pertama sy exam, sy lulus slh 1 drpd 3 paper yg perlu diambil.. Thun 2013 & 2014 ambik exam dgn harapn lulus lg satu paper, sekurang2nya... Rupa2nya, kedua2nya hampeh........

Monday, November 17, 2014

Batuk, sakit tekak & demam

Sy batuk-batuk sejak hari ahad yg lalu ... Manakala incik suami pulak dah terkena batuk & selsema 2 mgu yg lalu ... kat office sana sini dengar kawan2 yang terbatuk-batuk dan sebab penyebab nya biasalah kannnnn ......... udara yang sejuk plakkk sampai gelap keliling dan menganggu pemandangan ............ walaupun banyak minum air masak terkena jugak batuk...... malas nak makan ubat.. petang karang kena cari Gula-gula Hacks ........ah,ah malasnya nak pergi klinik walaupun klinik dekat dengan rumah ...........okeh tahan lagi kali ini dah sakit tekak pulakkkk dahhhh ..........suara dah mula bunyik lain plakkkkkk dan demampun dah mula datang serta merta.............sebenarnya sya dah lama tak demam, batuk-batuk dan sakit tekak.. Buat keje ofiice pun x selesa sbb asyik batuk2.


Ya Allah, sembuhkan lah kami dari segala penyakit. Aminnnnn..

Saturday, November 15, 2014

Sy dengan dunia sy

Assalamualaikum.
Seronok pulak menulis di blog ini. Sy hanya dengan diri sy. Jika sy rasa tak keruan sy dapat menulis disini tanpa halangan. Sy kadang2 letih jugak dengar rungutan dari kawan2 ni. Tentunya semua org TIDAK suka mendengar rungutan demi rungutan kan. Oleh itu, dengan menulis disini sekurangnya hati sy terhibur. Sekurang-kurangnya jika kurang bercakap, dapatlah dikurangkan sedikit dosa umpatan yg terkeluar dari mulut ini.

Hari ini ada beberapa perkara yg membuatkan hati sy terguris. Sy juga manusia biasa yg kadang2 terguris dgn kelakuan rakan2 tanpa sedar. Situasi seperti berikut:-walaupun  kecik tapi tolong hormat privacy sy.

Situasi pertama.
Jam 1.30p.m - tido sy dikejutkan dgn suara yg tinggi. terganggu tido sy. pastu bertanya soalan2 yg simple. antara dialog2 spt ini:
Adik S : kak mas!!!! (3kali)
Sy : Iye. ( terpinga2 jawab) 
Adik S : Borang ni nak isi camne?
Sy : Cuba baca yg tertulis disini. Tandatangan pegawai yg diberi kuasa memesan bermaksud pegawai seksyen lorrrr.. (dalam keadaan mamai)
Adik S : terima kasih dan blah...

*** Dalam hati sy merungut. Olos, kenapa x leh tunggu jam 2.00 p.m (ofis hour). Sy sebenarnya x ikhlas menolong hari ni kerana sgt2 terganggu. Bosannnnnn kejeeeeeeee.

Situasi kedua.
Jam  2.30 p.m - seorang kakak bertanya dalam nada tinggi.
Kak A : Nak tanya ni.
Sy : Ok. pe dia?
Kak A : Ini cabutan Mesyuarat Pengurusan yg awk buat. Nak guna perkataan cabutan mesyuarat pengurusan atau mesyuarat pengurusan universiti. kat edaran yg diterima ni hanya tulis Mesyuarat Pengurusan je.
Sy : Kalu biasa2.
Kak A :  Mesyuarat Pengurusan Universiti
Sy : Ok, boleh guna lake. Nak molek ikut cabutan larrr  ( sy tahu lar tertinggal perkataan Universiti jer. keje rutin kan, agak2 lar. kecik pun berkira.). Ikut mana bos awk suruh larrrr.... 
*** Kalu salah wat keje nampak sgt. Hok salah kite jerkkk. :(

***Alhamdulillah, sy rasa legaaa dgn cara sy. Sekian.



Hadiah dari suami.

Assalamualaikum sahabat.
Alkisahnya pagi ini bersiap2 ingin ke ofis. Tetiba incik suami hulurkan ini. Bawak g ofis ye dan jgn lupa guna tu. Abg dan caskan pun untuk syg. Kuiukuiukuiiiii... Erk, dpt hadiah pulak pepagi gini. Alhamdulillah. Agak2 nye kes si isteri ada merungut bateri asyik kong jerk. Tindakan pantas pulak incik suami hadiahkan isteri ye... Terharu pulak sbb incik suami takecare sgt2. Luv u till jannah. Semoga CINTA kita akan tetaP UTUH dan bahagia selalu ye.


Terima kasih abg!



Tuesday, November 11, 2014

Hari kahwin saya < 3 Mei 2014> di Permint Jaya Chendering

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada diri sendiri..dah 6 bulan lebey sy menjadi isteri kepada incik suami

kat bawah ini saya tayangkan gambar detik-detik hari bersejarah saya menjadi suri hati di taman EN MOHD SHAUKI..
 
Semasa akad nikah pada 3 Mei 2014 di Permint Jaya Chendering. Pengantin perempuan kena sorok kat bilik atas...

Selesai dimekap oleh jurumekap yang khas dari butik pengantin. Sy nampak pucat kerana liptiks tu pink lembut.

Taraaa... Lipstiks merah dicalit ke bibir agar lebih berseri. Seri pengantin gituu... :)


Akhirnya, saat sah bergelar isteri... Sesi batal air sembahyang.

Ni pulak, kami bersanding bersama bagi persalinan ke-2. Cantik kan pelamin. Simple jerk dgn rose pinky. 

Ini lah keluarga besar sy. Welcome dear.. Bersama mama dan adik2 yang banyak berpenat lelah bagi majlis ini. Sy sayang semua.
 
Ini pulak keluarga mertua. Bertudung koko itu mak sy. 
 
9 hantaran yang sy berikan untuk incik suami.

Selitkan 1 gambar sehari sebelum majlis perkahwinan sy. Sy nampak kurus larrr masa tu. Sesi siapkan bunga telur buatan tangan sy & adik2. 


tamat sesi majlis akad nikah pihak perempuan. bersambung pulak nanti majlis sambut menantu... hehhehehehheeeee





.:TAMAT:.
 
 
 
 
 
 

Sejuk ye disini kerana hujan

Assalamualaikum.
Rindu untuk menulis di blog ini. Tiada kesempatan kerana terlalu padat dengan keje yg biasa-biasa je. Alhamdulillah, hujan turun renyai2 diluar tingkap. Keadaan cuaca yg tidak menentu ini menyebabkan sy malas nak keluar. Sejuk je kat dalam ofis ni. Terima kasih kerana diberikan nikmat ini.
Seronok duduk di meja sambil makan 'halwa manis' ni. Rajin-rajinkan diri jugak menjenguk fb dan insta.

*** Dihati terdetik untuk snowash kete ptg ni tp kerana cuaca redup & sejuk terbatal niat pulak. Jimat rm5. hehehhehehehehheeeeee

Wednesday, October 29, 2014

Oh rakan-rakan

Assalam.. sekadar hanya luahan hati.
Situasi saya bersama sahabat A di dalam bilik pejabat. Motif apakah ini? Nasihat ???
A : cerita tentang tugas keje dia yg bnyk tetapi tak tahu nak buat list keje yg diminta oleh pegawai.
Me : bnyk keje awk tu. boleh lah wat point ape yg patut.
A : x minta tukar ke? nampak cm stress je.
Me : erk, dgn jujurnya sy jwb. sy pernah minta tukar 2 kali ttp masih disini. malu sgt kalu g ngadap minta tukar kerap2. x de org layan pun.
A : sian pulak tgk keje awk bz sokmo. kurus dah nampak. mesti penat kan. minggu depan g la jumpa pegawai atasan minta tukar ngan kerani B sbb dia boleh wat keje wak ni.
Me : hehehhehheeee... InshaAllah.
Setelah lebih 1 jam di bilik pejabat sy, A minta diri balik ke mejanya. Tetiba calling dari A. Pesanan kepada sy, jgn lupa tu cadang B ganti kat awk. B tu bagus wat keje dan boleh ambik tugas awk.

*** Situasi ini iaitu A & B merupakan 1 team di seksyen yg sama. Org kalu dah x suka kita mmg akan benci kita selamanya. Tanpa sedar, ada yg membenci kita. Owhhh...

Teringat soalan bos yg pernah ditanya kpd sy semasa minta tukar dulu2 : awk rasa sape yg boleh gantikan tempat awk?
Me : Terpulang kepada bos krn bos lebih mengetahui. (dalam hati sy berkata-kata : jika sy terbeban dgn keje ini apatah lg org baru yg akan menggantikan sy. Sy harap sy x susahkan rakan2 yg lain dgn keje sy) 

Wednesday, October 22, 2014

Perempuan dan isteri

Kali ini sy nak kongsikan kelebihan menjadi perempuan dan isteri serta pesanan buat lelaki yang bergelar suami. Semoga mendapat manfaat darinya.


1. Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Setiap bulan diberi cuti bergaji penuh tujuh (7) hari sehingga 15 hari sebulan, dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. (waktu wanita datang bulan).

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tiada cuti dari sembahyang, wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala lebih yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tidak akan dapat pahala lebih ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tidak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya dan semua lelaki fahami hati naluri seorang perempuan dan isteri agar tidak derhaka denganNya.






*Alhamdulillah, sy merasai kehidupan berkeluarga. Bersyukur dgn suami yg di anugerahkan olehNya. Menanti penuh harapan semoga suatu hari nanti sy menjadi umi kepada anak-anak kami. InshaAllah..

Wednesday, October 15, 2014

Ambil asid folik sebulan sebelum hamil.

Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil. Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah ­sebarang kesan sampingan jika seseorang ­terlebih mengambil asid folik?

Jawapannya:-

Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. 


Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan
Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. Saya tidak pasti sama ada mengambil
dos lebih daripada itu mendatangkan masalah serta mengapa perlu me­ngambul dos lebih daripada 5mg.

Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum
hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambilasidfoliksebulansebelumhamil/Article/index_html#sthash.CEnRJsOa.dpuf
Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil.
Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah ­sebarang kesan sampingan jika seseorang ­terlebih mengambil asid folik?
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambilasidfoliksebulansebelumhamil/Article/index_html#sthash.CEnRJsOa.dpuf

Yang belum kawen, cepat-cepatlah kawen

Seronok setelah bergelar isteri.

Kalau di hitung-hitung, sy baru je kawen selama 5 bulan 2 minggu dan 2 hari.
Celik je mata bangun tido, wajah pertama yang sy nampak adalah insik suami.
Orang terakhir yang sy tengok pulak sebelum lelap mata, jugak incik suami.

Sy seronok bangat menjadi seorang isteri. Yang belum kawen, cepat-cepatlah kawen yoo!! 

Berusaha TTC (Trying To Conceive)..... Means usaha untuk mengandung...

Assalammualaikum...

 Seronok tgk diblogger-blogger yang share info dan tips yang berguna kepada TTC nie...

So, antara usaha yg sy dah cuba nie bg tempoh 5 bulan sebagai isteri :-:

i)Amalkan Jus Delima Gulsan (bulan ke-2 perkahwinan kami)

Alhamdulillah IncikHubby support apa sahaja usaha sy untuk mengandung... 
Sy makan tak sampai sebotol pun... tu pun berkongsi dengan IncikHubby... Makan setiap pagi masa sebelum pergi kerja tue~
Lagipun Jus Delima Gulsan nie murah je... RM15.00 sebotol... ;)
Masam-masam rasanyeee... IncikHubby x berapa nak makan sbb masam dan perut meragam.
 
ii) VCO (bulan ke-3 perkahwinan kami)
Ni pun berkongsi dengan IncikHubby... Makan setiap pagi masa sebelum pergi kerja tue. Harga RM 37 untuk 60 biji. IncikHubby x berapa nak makan sbb di alahan ngan ubat tu. Sy pulak period x menentu pulak. ok, kita stop ubat tu.

iii) Makan Folic Asid (bulan ke-5 perkahwinan kami)
Hari ni cuba dapatkan folic asid kat klinik hafizah ni. Ramai yg syorkan utk amalkan. Nanti try sama2 ngan IncikHubby. :)
Folic Asid nie sy dapat FREE je kat Klinik Panel .

Semoga usaha kami berjaya...

Sunday, July 13, 2014

Selsema berhingus

Assalam. Hari ke-2 selsema sudah bertambah baik. Tetapi tekak rasa kering jerk. Semoga hari ini masih bertahan berpuasa. Dugaan dibulan ramadhan.

Tuesday, March 11, 2014

DIY bunga telur dan bunga tangan

Assalamualaikum. Bunga telur dah siap dibuat hasil tgn sendri dan adik beradik yg dikasihi. Cukup la hanya 100 lidi jerk. Bunga tangan pun dh siap ni. Ready made by me dan adik beradik. Tapi puas hati walaupun penat. Sy dpt juga merasa keseronokan itu. Mama, sy mahu kahwin. (hati berbunga2 pulak) huhuhuuhuhuhuuuuu

Sunday, January 12, 2014

Pelamin cantik

Assalamualaikum. Hari ni diberi kelapangan dalam pekerjaan. Folder meting utk 15hb ni dah edar pun. Bos pulak cuti. Ambik kesempatan ini utk update ceritaku di blog. hehhehehhehhh
11hb lepas dah g survey pelamin. Kedai pertama harga pelamin rm880 paling murah. awal2 sy dah reject. Kedai kedua sgt2 berpatutan harganya dan sy sudah jatuh cinta tgk desing pelamin. Pelamin yg menjadi pilihan adalah simple dan cantik. Ingat nak tempah terus je, tp adik kata kita survey dulu la, mungkin ada yg lagi murah dan cantik. Kat situ pun make-up pengantin pun murah jerk. Cantik jugak. Lagipun dekat sgt dgn umah. Excited pulak tgk desing2 pelamin ni. huhhhuuuuu