Wednesday, April 29, 2015

Simpul Biawak @ Kekejangan Kaki


Pelik tak, tapi sy selalu alami ni sejak zaman remaja lagi. Tapi selalu kena kat paha sebabnya dok meneran lama kat dalam toilet. huhuhuhuuuu. Takpun, kena dekat tapak kaki. Perghh dia punya terkejut masa terkena simpul biawak ni, boleh bawak nangis kot Y______Y

Bila mengandung ni, masuk 2nd trimester je terus kena kat betis. Sy terus rajin google dan dapat sedikit info ini :-

Beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil
* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
* Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
* Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar
 
 Apakah cara untuk melegakan :-
* Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (rujuk gambar atas tu)
* Urut otot yang kejang itu.
* Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.