Monday, November 19, 2012

♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥

Aku tidak marah,
Aku tidak cemburu,
Kerana aku tahu,
Kamu bukan hakku.
Kadang-kadang,
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa,
Sungguh senang untuk aku jatuh cinta.
Dan memang tidak dinafikan disaat ini,
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu,
Aku teringin kau megetahui,
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yang lebih mengetahui,
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini,
Sedangkan DIA yg menjadikan hati,
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu.
Tapi sekali lagi,
Kau milik ALLAH,
Bukan milikku,
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku.
Dan cukuplah aku mencintaimu,
Dalam diam dari kejauhan,
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan,
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH.
Mungkin saja rasa ini ujian,
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan.

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku,
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku,
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta,
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu,
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan.

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku,
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta.

Hanya cintaMu,
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki.

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."

( Riwayat Al-Hakim )