Thursday, February 12, 2015

Demam denggi

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sy sudah sembuh dari demam denggi. Krologi cerita kena denggi yg tidak terduga.

28/1/2015- Jam 10.00 a.m di ofis sy dah start demam dgn pening yg amat sgt. Ingatkan alahan mengandung krn tiada selera makan hanya minum air masak je. Badan tersangat lah penat asyik baring jer di surau ofis. Malam nya lepas Isyak abg shauki bawa ke klinik Bazlan. Doc kata 39'C demam dan dpt la ubat panadol utk dimakan. Bgtahu doc sy mengandung. Tp doc kata boleh ambil ubt dalam dos yg dibenarkan.

29/1/2015- tak larat yg sgt2. Pening memanjang je. Terus ambik mc di klinik Ehsan dpt ubat demam, batuk/kahak & vitamin. (banyak pulak ubt)

30-31/1/2015- hari minggu tidur di rumah di cendering je. tak larat ke rumah mertua. maaf emak, sy berehat di umh mama je. sy sgt2 letih utk bergerak ke mana2. Alhamdulillah, abg shauki & mertua memahami. syg kamu semua.

1/2/2015-kena minum air gula di klinik air jernih walaupun demam. misi bagi pilihan untuk teruskan minum atau datang semula. sy memilih untuk habiskan segelas air gula yg tersangat manis. Alhamdulillah, x muntah. Darah diambil sebelum minum air gula dan selepas minum air gula. Berkurang darah yg sememang nya dah kurang ini. Lepas minum air gula, terus balik ke umh di cendering utk berehat di umh. Hari tu, memang dah ambik cuti rehat utk minum air gula.

2/2/2015-kena checkup hamil di klinik desa cendering. Tetapi bangun pagi sudah terkejut tgk ruam merah-merah ditangan dan di kaki. Pegi klinik desa, tunjuk kat misi ruam merah2 tu, terus dpt surat kena ambik ujian darah denggi di klinik air jernih. Berdebar dengar perkataan denggi. Selama 33 tahun hayat, ini lah dugaan terbesar. Darah diambil 2 picagari lagi dan doc sahkan kena demam denggi. Terus dapat surat masuk wad HSNZ. Tido di wad pada 2/2/2015-5/2/2015- jam 3.30p.m discharge. Platlet semasa demam hari tu tersangat lah rendah iaitu 13.

12/2/215-Hari ini pegi follow up checkup terlebih 32 pulak. Tp doc kata, dah sembuh cuma kena makan ubat tambah darah. Alhamdulillah.

Cuma sejak demam 28/1/2015 yg lalu, sy selalu je semput ke mana shj bergerak. Naik tangga umh, tangga ofis, ke tandas. Bukan lelah tetapi termengah-mengah pula. Semoga tiada lagi dugaan buat sy dan baby. Semoga sy kuat melalui dugaan ini. Aminn..