Friday, November 23, 2012

Khas utk awk



(lafazkanlah)-ditujukan kepada awk di sana....  

Sy bahagia sgt bersama awk...awk telah byk buat sy gembira dn bahagia..setiap ary bila bgn dari tydo sy akan tgk fon.sy akan tgk msj yg awk bg :)..bila sy bace msj awk bila sy lihat awk gembira sy ase puas sbb sy buat awk gembira walau sy x selalu mengembirakan awk... setiap ary 2 la yg sy akan lakukankn...

mse waktu mlm pula..sy akan txt awk ... then sy mulakan la aktiviti harian sy setiap mlm.. maaf la bkn sy nk ganggu awk cm 2...tpi  sy teringat dkt awk sbb 2 sy msj awk  :(... then sy akan berdoa dn send dkt awk doa 2,,pas 2 sy akan tulis sedikit nota lpas doa 2..sy buat mcm 2 sbb sy nk awk sentiasa ingt yg sy cinta dn setia dkt awk walau awk xde dpn saya dn dekat dgn sy...sy nk awk selalu tau apa yg sy ase.....

Tuesday, November 20, 2012

Alhamdulillah, Allah telah temukan saya dengan awak



Awak, kita x tahu perjalanan kita akan datang bagaimana keadaannya... saya terlalu takut untuk kehilangan awak... maafkan saya 

Awak, adalah lelaki yang paling baik untuk saya, awaklah yang saya harapkan, awaklah yang saya impikan... Alhamdulillah, Allah telah temukan saya dengan awak... tapi, saya x pasti apakah awak akan saya miliki...

Awak, ya... kita kena berserah pada Allah kerana hanya dia yang lebih tahu yang Maha Halus Perancangannya...namun, mohon saya diberi keyakinan bahawa hati awak tetap untuk saya selamanya sehingga awak yakin dan bersedia untuk saya...

Saya sayang awak kerana Allah, jujurnya sayang saya pada awak setia sampai bila-bila, saya ingin awak tahu itu..

Maafkan saya...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


....awak, hanya DOA sahaja yang menyatukan kasih sayang kita....
...Moga sayalah dalam DOA awak...

Kirimkanlah dia buatku..


Ya Allah..


Kirimkanlah dia untukku..

Dia yang menenangkan hatiku..
Dia yang selalu menjaga keimananku..
Dia yang selalu mengingatkan solat kepadaku..
Dia yang selalu mengajariku bagaimana aku harus bersabar..
Dia yang membuatku menangis karena takut kepada-Mu..
Dia yang Menjaga Agama-Mu..
Dia yang selalu berdoa untuk keluarganya..
Dia yang selalu taat kepada ayah ibunya.,..
Dia yang tak pernah meninggalkan sholat..
Dia yang selalu berbicara sopan..
Dia yang selalu bijaksana..

Jika dia adalah pilihan-Mu,

Datang atas redha-Mu,
Yang akan mampu mendekatkan cintaku pada-Mu,
Maka, satukan hatinya dan hatiku.
Dalam janji ikatan suci,
Bersama ijab dihadapan wali dan saksi..

YA ALLAH! BERHARAP DIA UNTUKKU



″Bila kita memang dijodohkan. Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya .″Ya Allah, Ajarkan kami mencintai dgn sederhana, Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,Ya Allah, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, Aku mencintainya kerana-Mu, Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah..
p/s Kalau Allah izinkan…sejauh mana kita terpisah…selama mana kita menyepi….INSYA ALLAH….kita akan disatukan~

Monday, November 19, 2012

♥ KU MOHON CINTA DARI-MU ♥

Aku tidak marah,
Aku tidak cemburu,
Kerana aku tahu,
Kamu bukan hakku.
Kadang-kadang,
Perasaan ini kelemahanku sebagai manusia biasa,
Sungguh senang untuk aku jatuh cinta.
Dan memang tidak dinafikan disaat ini,
Ada sedikit cinta dihatiku untukmu,
Aku teringin kau megetahui,
Apa yang ada dalam hatiku saat ini...

Tapi biarlah DIA yang lebih mengetahui,
Apa yang wujud didalam hati ketika saat ini,
Sedangkan DIA yg menjadikan hati,
dan DIA juga yg mewujudkan perasaan itu.
Tapi sekali lagi,
Kau milik ALLAH,
Bukan milikku,
Jadi biar cinta ini ku pendam di dalam hatiku.
Dan cukuplah aku mencintaimu,
Dalam diam dari kejauhan,
Dengan kesederhanaan dan keikhlasan,
Kerana aku yakin tiada yang tahu rancangan ALLAH.
Mungkin saja rasa ini ujian,
Yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan-lahan.

Ya ALLAH,
Usah biarkan hatiku,
Tertambat pada cinta yg belum tentu menjadi milikku,
Tenangkan diriku yang terbuai akan cinta,
Sucikan nuraniku yang terbelenggu oleh nafsu,
Bersihkan batinku yang ternoda oleh angan dan harapan.

Ya ALLAH,
Leraikanlah dunia yang hinggap dalam hatiku,
Kerana di situ aku tak mampu mengumpul dua cinta.

Hanya cintaMu,
Ya ALLAH Ya Rabbi
Yang kuharap bercambah hingga ke syurga hakiki.

"Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."

( Riwayat Al-Hakim )

Friday, November 16, 2012

sampai bila

sedihnya…. sibuk sangat ke? sedih sangat-sangat. dah tak tau nak buat macamana. kalau ikutkan hati, nak je telefon tapi…takut mengganggu. tapi, sampai bila nak teruskan hubungan yang macam ni. 

Wednesday, October 31, 2012

Ehem... Today is my 1st Anniversary ;)

Tup tup je dah seminggu usia tempoh perkenalan kami.. Tetibe rasa macam baru je semalam jumpa ;p Pheww macam angin je masa berlalu kan? Yes hari ni adalah Hari Anniversary kami yang pertama... [tempoh seminggu).. Alhamdullillah.. Panjang lagi masa dan banyak benda yang perlu kami belajar dalam perhubungan ni..  We are still in the learning process.. Getting to know each other and so on..

As for today no celebration for our 1st anniversary.. No Present? Just wish and sms.. huhuhu nak kata sedih   adalah sikit jugak but think positive!!  Knowing him yang not so romantic.. Well have to accept it.. Kata hubungan ini mesti ada give and take.. (Let say kang tetibe dia romantic, jiwang karat, aku yang geli nak muntah plak..hehhe so let him be the way like i knew him back then)

I'm happy with my life today.. Looking forward for new experiences and challenges in our  life.. Hope that we stay together forever.. Loving each other .. Amin ya rabbalalamin..

utk kenangan bersama di masa akan datang..

Tuesday, October 30, 2012

Doa


Doa

“ Tuhanku, utuslah seorang suami yang soleh untuk melamarku, condongkanlah hatinya kepadaku berkat kebenaran Kalam-Mu yang qadim dan berkat UtusanMu yang mulia dengan keberkahan sejuta ucapan LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'AZHIIM. Dan semoga Allah Melimpahkan Rahmat dan Salam kepada junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w., dan kepada segenap keluarga serta sahabatnya. Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam."

Monday, October 29, 2012

Hati saye '(

assalamualaikum ...awak ,, kenapa awak langsung xpernah nak faham sye ??? im hurting myseLf ....
awaaaaaakkkkkkk !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dengar lah hati sye kat sini !!!!!!!!!!!!!!!! sye xkuat kalau awak buat sye mcm ni wakkk .......... :'(

im hurting myseLf .... awak .... kalau laa awak faham sye kan .. klu laa awak datang pujuk sye an .... sye x tacing awak .. tp sedih ... kenapa awak xde bila sye memerlukan awak sgt2 ???boleh tak sye kol awak ... dan sye nak borak ngan awak lama2 ..???? awak .... sini jap .. kejap aje ... 
sye nak cakap .. hati awak kuat .. tp sye pulak jadi tak kuat ... maafkan sye wak .... sye x setabah awak .... maafkan sye ....

Assalamualaikum... maassalama ..

Sunday, October 28, 2012

Perasaan ini sgt sensitif

Entah larrr. Adakah ini jalan terbaik untukku. Cuba bermain dengan api. Dapatkah diri ini bertahan dengan dugaan yg bakal kutempuhi ini. Aku terima dia dan redha jika itu jodohku. Sedangkan jalan yg bakal kutempuhi ini begitu berliku. Dapat kurasakan. Tapi banyak yg difikirkan. Perasaanku, dia dan org2 tersayang yang banyak berkorban untukku.

Aku sgt berharap utk mendpt petunjuk -Mu. Semenjak pertemuan pertama itu, aku cuba utk buatkan perasaan ini tenang dan tidak begitu sensitif. Entahlah, adakah setiap perasaan yg hadir ini adalah petunjuk kepada diri ini.

Saturday, October 27, 2012

Semoga awak jodoh saye

Jangan terburu2 dalam cari cinta ni. Dia akan datang dengan sendiri. Kite kene usaha untuk cari cinta tapi yang selebihnya biar Allah yang selesaikan.

Friday, October 26, 2012

Jikaaaa dia Jodoh Ku...ku berserah padaMu



seandainya tercatat dia milikku,kurniakan kami kesabaran Ya Allah.
segalanya dah jadi begitu rumit,begitu mencabar.
sampai kadang2 aku rasa mahu lari dari dunia ni. 
tp kami makin jauh. makin jauh dan terus jauh.

Ya Allah,jika dia ni memang jodohku,pertahankanlah hubungan sedia ada ini.


Jika dia Jodoh Ku...
Bukan serik, tapi berhati -hati..
Bukan jual mahal, tapi takut tiada pembeli,
Bukan tak cari, tapi tak percaya pada diri,
Bukan perasaan lawa, tapi memang jauh dari Dato' CT,
Bukan tak berdoa, tapi mungkin tak cukup lagi,
Bukan ego, tapi terlalu rasa rendah diri,
Bukan buat bodoh, tapi buat-buat gembirakan hati,
Bukan memilih, tapi sekurang-kurangnya 'dia' ada harga diri,
kini hadirnya 'dia', buat tidurku tak lena setiap hari,
kini hadirnya 'dia', buat hpku sentiasa berbunyi,
kini hadirnya 'dia', buat angauku menggunung tinggi,
kini hadirnya 'dia', buat bicaraku tersusun rapi,
kini hadirnya 'dia', buat hidupku 'mungkin' beerti,
kini hadirnya 'dia', buat hatiku kenal erti rasa hati....
Jika dia jodoh ku........ku berserah padaMu...

Perasaan cinta

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Thursday, October 25, 2012

1st dating bersama dia.

harini 1st time ak kuar makan dgn 'pakwe'. segan jugak dibuatnya...
kami dating kat restoran mike depan ptpl (seberang ofisku). Tp ak x mkn pun segan sgt2. kami cuma berborak dan cuba kenali hati masing2. 1 jam raase cm lama jugak.... ermmmmm....


hepy jugak ler wlpun kami lebih bnyk senyum jerkkkk.

mudah2an jodoh kami panjang.. amin.

Teringat kisah cinta lalu iaitu 11 tahun yg lalu..... Moga dpt kulupa kisah lalu, moga pintu hati ini terbuka utk perhubungan yg baru bermula ini... Insyallah.. 

Wednesday, October 24, 2012

HArapan diri ini


Jangan mencari yang baik , tapi jadilah yang baik ,
Jangan mencari yang soleh ,tapi jadilah wanita solehah,
Jangan mencari yang solehah ,tapi jadilah lelaki soleh.
Kerana walaupun kita mencari tapi diri kita tidak menjad , Allah tidak akan memberikan ..
Namun jika kita menjadi , tanpa mencaripun Allah sudah menyediakan.
Kerana untuk masalah jodoh , Allah akan memberikan sesuai dengan keperibadian dan kadar keimanan kita.

Sunday, October 21, 2012

Duhai jiwa


BERTAHANLAH dan BERSABARLAH duhai jiwa.. Tetap tabahkan hatimu.. Pasti disaat yang tepat, BAHAGIA itu akan kau dapat.. :) 

Tak kacak x apa asalkan SOLAT TERJAGA
Tak cantik x apa asalkan AURAT TERPELIHARA

Friday, October 19, 2012

Saya tak mengerti kenapa soal hati merasa begini..

Ya Allah, aku tidak ingin menjadi hambaMu yang taksub pada duniawi..
Ya Allah, moga bahagia itu milikku..

Salahkah aku dgn perasaan ini

Ketahui lah, aku bukan wanita berpurdah pujaan lelaki idaman..
Ketahui lah, aku bukan cheff yang berpakaian lengkap putih yang hebat di dapur..
Ketahui lah aku bukan wanita sempurna..
Tapi sesungguhnya, solehah itu tetap ade dalam diriku..
Jika kau sanggup membimbing aku..
Ketahui lah, aku bukan mencari lelaki yang berserban..
Tapi aku ingin mecari lelaki yang boleh menjadi imam ku..
Dan aku berharap kau lah lelaki itu..
Kerne di setiap titip doaku, aku sentiasa mendoakan kau menjadi lelaki yang soleh, diberikan rezeki yang halal, dan di permudahkan segala urusan mu..

Ya rabbi, jangan biarkan aku hanyut dalam perasaan..

Susah sgt nk cari pakwe erk


hah,..sprti tjuk d ats,..
ak plik 
ak tgok owg len,..senang jerk nk cari pkwe,...
ak nie idop 3otaun,..."teman tp mesra"
pown sush nk cari,..pening ak gak kdg2 tue,...

ntah arr,...SINGLE IS SIMPLE
agi bez xperlu nk jge atie bnyak2,..nk cover2,...men bedal jerk,...
insyaallah ak prcye stu ari nnti brtemu gak ak ngan jdohku e2,...
wktu tue,..xmo pkwe2,...
kwen twos senang,...
AMIN

Wednesday, October 3, 2012

Pengalaman sebagai guru praktikal? Alangkah indahnya jikalau....

Pengalaman? Seronok memang seronok. Tetapi…………. Ada tetapi?
Ya, entah mengapa perasaan saya rasa lebih seronok jika dapat melihat para pelajar berubah. Ya, berubah menjadi seorang pelajar yang menghormati guru. Berubah menjadi seorang pelajar yang datang ke sekolah dengan niat untuk menimba ilmu.

Sangat berbeza dengan zaman persekolahan saya. Bila cikgu datang semua senyap. Bila cikgu menjerit semua takut. Sekarang? Cikgu menjerit suruh senyap para pelajar buat suara - suara sumbang. Cikgu praktikal seperti tiada fungsi langsung terhadap pelajar. Kerana itu saya sedih melihat para pelajar sekarang. Alangkah indahnya saya dapat ubah perangai mereka.

Saya x berapa suka dari kecik lagi apabila melihat budak-budak bercakap bodoh, sial, bangang dan sebagainya. Tapi bila saya berpraktikal di sini, para pelajar sudah menjadikan perkataan-perkataan itu sebagai ayat-ayat “kebiasaan” mereka.

Jangan cakap kerja cikgu itu senang. Kalau dapat para pelajar yang ok mungkin proses pengajaran berlaku dengan senang tanpa masalah. Tetapi ingat, para pelajar semakin teruk akhlak mereka, nak kawal pelajar seramai 30 orang bukan suatu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menghormati kita.

Friday, September 21, 2012

Ya Allah, permudahkan jodohku.

Kata org, jodoh kite berada dekat dgn kite. Betul ker? Tetiba bermain di fikiranku.

Dugaanku, jodoh yg lambat. insyallah saya redha walaupun kadang2 jelos dgn rakan2 yg lain bersama keluarga yg bahagia. Ya Allah, permudahkan jodohku.

Saturday, June 9, 2012

Puasa

Selamat pagi kpd semua. Sekarang aku di ofis ttp x de mood nk wat kije... Cerita2 yg x berkaitan dgn aku, agak boring utk aku dengari... Ini mungkin sbb kelaparan kot... Insyallah aku cuba bertahan lapar, dahaga & nafsu bg memenuhi tuntutan puasa ku hari ini... Harapnya hari ini  tertunai ler puasaku yg ku niatkan krn tercapai hasratku..... Peningkatan dalam pelajaran.... Alhamdulillah, semoga aku terus diberikan semangat dan kejayaan yg cemerlang dalam pelajaran... Semoga tahun ini dan berikutnya terus menyinari kehidupanku ini.. Insyallah  .. huhuuhuhuhu

Thursday, May 3, 2012

Terasa hati

X dpt lupakan kata2 pedas yg dilemparkan.... saya juga ada perasaan... walaupun hanya kuli shj...

Digital Music Player

Alhamdullilah..... Akhirnya recorder yg rosak dpt digantikan dgn yg baru... Bergaya dgn warna pink.. Sony walkman jd pilihankuu... Semoga dpt kugunakan dgn sebaiknya.... Harap pas ni jgn rosak2 erkkk... recorder itu rakanku sepenuhnya... tanpanya aku jd terlalu bnyk kerje.... minit mesyuarat dpt direkod setiap saat masa dan waktu... syukrannnn.... krn rezki yg telah kuperolehi...

Friday, April 27, 2012

Dialah permata yg kucari

Boleh tahan jiwang gak lagu ni..best lerr...http://youtu.be/K6JmeCAymSI..

Doaku


"Doa aku pada tahun nie, semoga Allah selalu merahmatiku, permudahkan kerjaya ku, rezki ku, memudahkan pelajaranku, permudahkan jodohku dan memudahkan kehidupanku didunia dan akhirat..amin" 

Sunday, April 8, 2012

Dimanakah kita berada???


Dimanakah kita berada???

Degree:
Kepujian Kelas pertama : CGPA > 3.67
Kepujian Kelas kedua (Tinggi) : 3.00<CGPA<3..67
Kepujian Kelas kedua (Rendah) : 2.33 <CGPA<3.00
Kepujian Kelas ketiga : 2.00 <CGPA<2.33

Urmmm....target nk grad dgn >>>>>>>>>Kepujian Kelas kedua (Tinggi) : 3.00<CGPA3.67 <<<<<<<<<<<<<<<< baru steady nk mintak keje bagus....

Friday, April 6, 2012

Saya sudah penat...

Saya sudah penat...Yes, saya sudah penat, teramat penat...!!
Hari nie dan hari2 sebelum, xhabis2 lagi duk mengira ...penat dowh..penat teramat...otak pun da terasa ketepuan..kepeningan, kepenatan (of course la, law badan penat, otak mesti penat kan)..semoga saya dipermudahkan utk paper subjek SBMA4203...aminnn

Sunday, March 4, 2012

Air yg ditenang , jangan di sangka xde buaye

Apabila stress, saya suka diamkan diri dan meluahkan dlm blog. Isi hati saya disitu....huhuhuhuhuhuuuu

Sunday, February 26, 2012

Kadang2 jealousy can kill friendship

(^_^) TP DI MANA KEBENARAN NYA.... Masalahnya aku confuse, am I being jealous or am I just being angry?kawan baik? kawan betul? kawan karib? Perumpamaan, saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..Kita akan rasa rendah diri kalo kita banding ikan kita ngan ikan org lain yg lebih segak.Bos korang selalu puji korang x??? jgn la asyik nk m'nyalahkn org lain. Aku pernah la cuba cakap terima kasih bila org puji, tapi ada pula yang bagi muka lain macam; tiba2 diri nie terasa dihargai oleh bos.. Segan pulak bos puji depan lain2... 

Friday, February 24, 2012

Segalanya kuserahkan pada-Mu.

Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~


Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga SAAT itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah.. wallahua'lam.

PENANTIANku

PENANTIAN adalah satu ujian,
tetapkanlah aku selalu dalam HARAPAN,
karena keimanan tidak hanya diucapkan,
adalah KETABAHAN menghadapi cubaan,
SABARKANLAH aku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam masa diri menjemput berkahMu,
tibalah izinMu atas harapan ini,
Rabbi TEGUHKANLAH ku di penantian ini,
Berikanlah CAHAYA terangmu selalu,
Rabbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat MENGADU segala rasa diri..

>>>rindu pada kamu ♥♥♥... Ya Allah, padaMu ku serahkan segalanya.. permudahkan segala urusan kami menuju ke jalanMu.. wallahua'lam.

Ku mohon ketenangan.

'Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui,Ya Allah damaikanlah hati.Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri.Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..'

Aku berharap.....


Assalamualaikum...

Saja je nk update blog ptg nih, rehat sebentar.Jap g nk sambung study semula. hehe

Td sempat jg layan fb, tgk gambar kwn2 ramai yg sudah menamatkan zaman bujang. Tumpang bahagia... tahniah korang... :-). terasa kehilangan kwn2 pulak. mereka sudah di ambil org. huhu...
Aku je yg belum lg. hahaks. malas mau fikir bab2 kawen nih. haha. Lom sampai seru kot...

Bkn mudah utk mencintai org yg kita cintai, dan bukan mudah untuk dicintai oleh org yg kita cintai....

Bkn mudah utk bertemu yg betul2 ikhlas memilih kita sbg isterinya... InsyaAllah ada suatu hr nnt, pasti di temukan... cuma bkn skrg, bkn esok n mgkin 1thn lg, 2 thn lg, 3 thn lg dan seterusnya...

Hurmmm....
aku ingin perbaiki diri, akhlak dan ilmu dulu b4 aku di miliki n memiliki. Mudah2an aku bertemu dgn insan yg benar2 ikhlas n serasi dgnku.... Aku xmo dia memiliki aku sbb aku, cute, pandai or sbb aku menarik ke...
bkn itu yg aku mahu...

Tp aku mau dipilih kerana aku layak utk menjadi isterinya, utk dikasihi dan dipimpin. Bukan juga kerana umur, asalkan insan itu bole membimbing aku, anak2, keluarga dan masyarakat.

Alangkah indahnya, dikurniakan suami yg sentiasa mengajak aku mengingati Allah. Aku impikan suasana rumahtangga yg sentiasa dlm InayahNya... Solat berjemaah bersama2, bacakan hadis2 setiap kali lepas solat. Aku terpikat pd lelaki yg rajin mengimarahkan masjid n surau. Bahagiakan...

Ya Allah, semoga termakbul segala impian...
InsyaAllah aku cuba yg terbaik utk menjadi yg terbaik pd mama n adik2 dan suami & anak2....
Ameeen...


Haish... itu just impian... aku mau fokus dlm study dulu... jd pelajar cemerlang dulu. insyaAllah...


klah... nk sambung study...

Wednesday, February 22, 2012

Hati ini

Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU.



Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana aku SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali..♥..♥

Saturday, February 18, 2012

Nape???

Gelagat rakan ofis ku ini macamx2.. Perli kepdku kah???? Ditanya kepadaku kenapa namaku tiada dlm kursus dot.dot.dot..... Ku jawab; x kesah pun kalu disuruh pergi ku pergi tp kalu nama x de dlm senarai ku ok je...kita kan hanya mengikut perintah... boleh pulak ditanya soalan begitu hanya utk menyakiti hati ini (benci soalan). Soalan lain pula... Banyak keje kerrr? Uishiissssshhhshhshsss....tanya macam nk tolong jerk... tp rupanya nk tambun keje yg x sepatutnya..... Marahx2...sbb saya benci soalan. MALAS NK JAWAb!!!!!!!!!!!!!!

Petunjuk buatku

Aku tidak perlu menyesal maupun mempedulikan apa yg telah diperkatakan kepadaku. Insyallah. Semoga segala kata semangat yg sedikit sebanyak membuatkan aku goyah akan dpt ditepis dan aku terus bertahan utk mengejar segulung ijazah. Keluarga terutamanya Ibuku sentiasa memberikan kata sokongan yg padu kepadaku jua adik beradik yg lain. Tetapi terdapat segelintir pihak luar yg begitu mempertingkaikan kenapa memilih bidang yg begitu jauh menyimpang daripada skop tugasku di pejabat. Minatku jua kepada bidang pendidikan dan ke arah pengiraan. Bagi mencapai kejayaan, kita perlukan keseronokan dan minat pada sesuatu pekerjaan. Pengalaman lampau, semasa pengajian di peringkat Diploma, aku cuma berpuas hati kerana berjaya mendptkan segulung diploma tanpa dapat berbangga dengan keputusan yang hanya ckup2 mkn shj. Alhamdullilah..... Semoga Ijazah ini nnti aku berharap dpt mencapai pointer 3 dan ke atas kerana ingin berbangga dgn ijazahku walaupun hanya belajar di pengajian swasta..... Terima kasih Pensyarahku yg telah menyuntik semangatku utk terus berjaya..Semoga kalian dilimpahi rahmat dan kehidupan yg sempurna dunia dan akhirat. Amin..

Wednesday, February 15, 2012

Berikan aku peluang untuk cinta..

Tuhan pnh berikan aku cinta dan aku dipertemukan dgn sang adam tp cinta yg aku dpt tidak berpanjangan,ada aje dugaan yg dtg,,sehingga ke saat ini hidup aku sepi tanpa sesiapa yg mencintai n menyayangi aku,namun aku perlu teruskan hidup walaupun disudut hati ini sudah tiada sang adam yg pernah singgah,,semoga auatu hari nanti Tuhan akan beri aku cinta sekali lg,,insyaAllah

Friday, February 10, 2012

Istikharah

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu, 
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, 
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. 

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan daripada memilih apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai daripada memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri. 


p/s utk diri ini kerana akhir2 ini terlalu memikirkan mungkin kerana persekitaran.

Thursday, February 9, 2012

Jodoh

Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan....