Alhamdulillah, melalui saat ini yg dinanti. Baby kecil di dalam rahimku. Tp pada masa yg sama rasa kaki tangan kebas je, pastu perut rasa sakit sikit kat bahagian 
bawah. Serius, tiap kali sakit perut sy akan terfikir pasal baby. 
Risau, bagaimana agaknya keadaan dia di dalam rahim ku. Hurmm... tapi 
tiap kali itu juga sy akan berdoa semoga Allah memelihara anak dalam 
kandungan dalam kandunganku. Sakit tu mungkin juga sebab baby baru 
nak membesar, risau jgk. Harap ye baby ok, mungkin rasa sakit tu tekanan dari rahim yang nak
 membesar.
Alhamdulillah, diri ini xada sebarang alahan. Boleh hidu bau apa pun, 
xpening, xloya, xmoody and xalami perubahan emosi macam sesetengah 
orang. Mungkin sedikit manja dan cepat menangis. Tak tahu kenapa. Tapi 
saat tu sangat mudah tersentuh. Perut juga makin membesar, boleh rasa 
yang diri sedang mengandung. Perasaan yang sukar dinyatakan. Subhanallah...... begitu besar kuasa Allah. Dalam badan manusia, ada 
manusia lain yang hidup dalam alam yang berbeza. Alam Rahim. Hari-hari berlalu dengan pantas. Terima kasih pada suami kerana begitu menitik beratkan kesihatan ketika mengandung.