Wednesday, April 29, 2015

Simpul Biawak @ Kekejangan Kaki


Pelik tak, tapi sy selalu alami ni sejak zaman remaja lagi. Tapi selalu kena kat paha sebabnya dok meneran lama kat dalam toilet. huhuhuhuuuu. Takpun, kena dekat tapak kaki. Perghh dia punya terkejut masa terkena simpul biawak ni, boleh bawak nangis kot Y______Y

Bila mengandung ni, masuk 2nd trimester je terus kena kat betis. Sy terus rajin google dan dapat sedikit info ini :-

Beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil
* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
* Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
* Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar
 
 Apakah cara untuk melegakan :-
* Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (rujuk gambar atas tu)
* Urut otot yang kejang itu.
* Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.

Monday, April 20, 2015

Kandungan dah 24 minggu


Alhamdulillah, 21/4/2015 usia kandungan sy cukup-cukup 24 minggu. InshaAllah diri ini bertambah sehat dan yg paling best sy dah amalkan susu dutch lady (low fat) atas nasihat pakar diet. Selamat tinggal susu Anmum krn kadungan gula yang tinggi. Sejak2 tak tertahan dengan sakit urat dipergelangan tangan ni, sy nekad untuk amalkan minum susu spt dibawah ni.



Sekejap je rasanya dah masuk trimester ketiga. Masa awal-awal dulu rasa lambat sangat masa berjalan. Tapi bila dh lepas 5 bulan rasa cepat pulak. Dah mula rasa nervous. Hehe. 

Jom tgk apa brg yg belum dibeli:
  • dah boleh beli baby care & grooming sket2 mcm lotion, toiletries, bathtub, etc2...
  • boleh top up baju2 baby dan sebagainya...
  • carseat & stroller maybe blh KIV dulu sehingga baby lahir...ikot keperluan masing2 :)








INGAT! keperluan kita takkan sama dgn keperluan org lain...kita yg kena tentukan semua tu sebelum membeli..
check checklist balik k supaya takde barang2 penting yg tertinggal...
 

Buat kawan-kawan yang masih lagi menanti saat bergelar ibu, saya sentiasa doakan kalian. Jangan putus asa. Allah dan tetapkan rezeki untuk kita. Insyaallah akan sampai masanya. Doakan saya dan baby sihat ye. =)

Sunday, April 19, 2015

Bosan sy

Assalam. Sy dah bosan tahap gabang. BOSANG SUDAH!!! Rasa nak meletop jer kemarahan diri ini. Kalu stakat nak tahu tarikh mesyuarat sokmo2 tanya. Bila mesyuarat? Bila mesyuarat? Dah yg sy email setiap minggu maklum tu, nape x ambik hal ttg tarikh MPU. Pastu bila tahu tarikh mesyuarat, kertas x hantar2 pun. Kalu mesyuarat batat sebok tanya lagi.. Bila nk mesyuarat. ERKKK!!!! BOSAN TUUU... Kalu kertas lambat masuk MPU pandai pulak nk komen, dah kertas hantar seminggu dah, x masuk2 mesyuarat lagi ke? Mana saya tahu, kertas tu sampai lewat ke kita... Sampai pun selepas mesyuarat. SAYA BOSAN KALU KENA KOMPLEN JERK!!!

**Ya Allah, kuatkan lah hati ini.

Saturday, April 11, 2015

Playpen baby


Assalamualaikum.
Hari ni hati berbunga-bunga sbbnya dah shoping playpen baby kelmaren dgn en. husband. En. Husband dengan murah hati menawarkan utk beli terus setelah membuat survey dari minggu lepas. Seronok yerrr. Kelmaren mencari di 2 lokasi iaitu pertama singgah kat baby center di ladang dah habis. Persinggahan ke dua di kedai anakku. Rezeki kami tgk harga RM216 dgn pakage tempat tukar lampin dan kelambu. En. Husband kata ok la dgn badget yg ada. Beli terus la. Sale pun tak tahu bila pulak. Kang x de stok kang.... hehehhehehehhe. Inilah dia playpen yg dibeli oleh En. Husband kelmaren yg berwarna biru/hijau lembut. Cuma nti ummi kena beli bantal untuk baby. Tilam pulak guna toto yg ada la. Ummi dapat 1 toto nipis dan 1 toto tebal hadiah kahwin dulu. Tersimpan indah ditepi dinding. Akhirnya rupanya rezeki bb utk gunakan ni. Kang dah jimat situ. Nanti kita tgk toto mana yg sesuai utk bb ye. Alhamdulillah, semoga murah rezeki En. Husband. Nanti leh belanja stroller & car seat pulak. Tp InshaAllah, utk bb akan di usahakan keperluan tu. Semoga bb sehat dan selamat dilahirkan ke dunia ini. Aminn.    



Saturday, April 4, 2015

Senarai kelengkapan baby yg dah settle!!

Alhamdulillah, 5 month @ 21m 5h. Target sy masuk je 7 bulan semua kelengkapan baby dah siap. Tinggal barang kelengkapan ummi je. Tunggu barang bb settle, leh shopping barang ummi pulak. hikhihkhik.. Tak de lah nnti terkocoh-kocoh dah. Orang kata 7 bulan pun dah boleh beranak, memang patut pun buat persediaan awal-awal. Nak dekat bersalin nanti, takyah pikir ape dah, boleh relax dan bertenang.

Barang-barang baby yg kecil-kecil dah beli spt dibawah. Beli x banyak pun. Beli sikit-sikit je. Nanti x cukup abah dia tambah pulak. Ni baru ummi yg beli yg murah2 je.... :-
  • selimut bertopi - 1 pcs
  • tuala mandi bertopi - 1 pcs
  • tuala mandi biasa tanpa topi - 1 pcs
  • sapu tangan - 4 pcs
  • botol / puting saiz S - 2
  • berus pembersih botol - 1
  • napkin - 10 pcs (1 pek)
  • sarung tgn  - 5 pcs
  • stoking comel - 8 pcs
  • barut - 5 pcs
  • baju : rompers - 9 pcs
  • baju/seluar lengan pendek - 2 pcs
  • baby diapers - size M - (1 pek) - 90 pcs
  • peralatan mandi - travel set
  • topi - 1 pcs
  Ada lagi beberapa brg yg ummi x beli antaranya spt berikut.  :-
  • Almari box baby
  • beg baby
  • katil baby/ set tilam & bantal - abah nak belikan 
  • minyak yu yee
  • baby wipes
  • putik kapas
  • nappy liner
  • pelapik getah
  • susu formula
  • kelambu
  • termos 
  • baby diapers size newborn & s


**Semua belian di atas ni ikut kemampuan ummi ye. Yang pasti beli yg perlu dan jgn membazir yer.


  

Thursday, April 2, 2015

Suntikan kancing gigi

30 Mac 2015- checkup hamil dan masih tak rasa pergerakan bb. Mula-mula misi x nak kasi suntikan tetapi misi tukar fikiran. Dia sudi kasi suntikan tu krn keadaan bb yg ok. Tgn kanan dicucuk. Owh, sakit jgk la. Misi bgtahu akan rasa lenguh/demam. Jam 10.30 a.m ke ofis. Sampai di ofis buat keje yg tergendala spt biasa. 2 jam kemudian, terasa lenguh sebadan. Hari ke-2 terasa sgt2 sakit urat. Alhamdulillah, hari ni dah beransur pulih spt biasa. Next month misi suruh dtg lagi untuk suntikan kancing gigi ke-2. Anak pertama si ibu diberi 2 suntikan kancing gigi selang sebulan. Alhamdullillah, tunggu suntikan ke-2. Semoga sehat shj. :)

Wednesday, April 1, 2015

Hamil 5 Bulan dan Uri Di Bawah

Tarikh 1/4/2015 berasa nak g klinik panel UniSZA utk check kesihatan bb sbb ummi risau x rasa pergerakan bb lg. 5 month berlalu. Jumpa doc dia scan tunjuk jantung bb dan semua nya ok. Alhamdulillah, bb sehat. Cuba pulak nak tau jantina bb. Doc pun intai2 la rahim ummi, mmg x nampak lg. Tapi doc bgtahu uri rendah. Ops terkejut jgk. Apa tu uri rendah? Bahaya ke? Doc bgtau, InshaAllah, kemungkinan uri akan naik dgn tumbesaran bb dalam rahim ummi. Lega dgr. Tapi doc pesan jgn bnyk berjalan dan bnykkan rehat. Kalu x berhati2, boleh bleeding. Dgr pd 'bleeding' tu mmg ummi sgt takut. Mana mungkin dpt elakkan sumer ni, cuma ummi akan lebih berhati2 n berwaspada  :)  .... Ofis pun dah memang kena turun naik tangga... Hope uri akan naik dan bersalin normal bila tiba masa yg ditetapkan. Ya Allah, lindungi diriku dan kandungan ku ini. Aminnn....