Wednesday, October 29, 2014

Oh rakan-rakan

Assalam.. sekadar hanya luahan hati.
Situasi saya bersama sahabat A di dalam bilik pejabat. Motif apakah ini? Nasihat ???
A : cerita tentang tugas keje dia yg bnyk tetapi tak tahu nak buat list keje yg diminta oleh pegawai.
Me : bnyk keje awk tu. boleh lah wat point ape yg patut.
A : x minta tukar ke? nampak cm stress je.
Me : erk, dgn jujurnya sy jwb. sy pernah minta tukar 2 kali ttp masih disini. malu sgt kalu g ngadap minta tukar kerap2. x de org layan pun.
A : sian pulak tgk keje awk bz sokmo. kurus dah nampak. mesti penat kan. minggu depan g la jumpa pegawai atasan minta tukar ngan kerani B sbb dia boleh wat keje wak ni.
Me : hehehhehheeee... InshaAllah.
Setelah lebih 1 jam di bilik pejabat sy, A minta diri balik ke mejanya. Tetiba calling dari A. Pesanan kepada sy, jgn lupa tu cadang B ganti kat awk. B tu bagus wat keje dan boleh ambik tugas awk.

*** Situasi ini iaitu A & B merupakan 1 team di seksyen yg sama. Org kalu dah x suka kita mmg akan benci kita selamanya. Tanpa sedar, ada yg membenci kita. Owhhh...

Teringat soalan bos yg pernah ditanya kpd sy semasa minta tukar dulu2 : awk rasa sape yg boleh gantikan tempat awk?
Me : Terpulang kepada bos krn bos lebih mengetahui. (dalam hati sy berkata-kata : jika sy terbeban dgn keje ini apatah lg org baru yg akan menggantikan sy. Sy harap sy x susahkan rakan2 yg lain dgn keje sy) 

Wednesday, October 22, 2014

Perempuan dan isteri

Kali ini sy nak kongsikan kelebihan menjadi perempuan dan isteri serta pesanan buat lelaki yang bergelar suami. Semoga mendapat manfaat darinya.


1. Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Setiap bulan diberi cuti bergaji penuh tujuh (7) hari sehingga 15 hari sebulan, dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. (waktu wanita datang bulan).

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tiada cuti dari sembahyang, wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Allah beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk syurga.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala lebih yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat, dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tidak akan dapat pahala lebih ini.

6. Manakala suami pula mempunyai tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa anak isteri yang tidak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya dan semua lelaki fahami hati naluri seorang perempuan dan isteri agar tidak derhaka denganNya.






*Alhamdulillah, sy merasai kehidupan berkeluarga. Bersyukur dgn suami yg di anugerahkan olehNya. Menanti penuh harapan semoga suatu hari nanti sy menjadi umi kepada anak-anak kami. InshaAllah..

Wednesday, October 15, 2014

Ambil asid folik sebulan sebelum hamil.

Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil. Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah ­sebarang kesan sampingan jika seseorang ­terlebih mengambil asid folik?

Jawapannya:-

Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. 


Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan
Dos minimum asid folik bagi wanita yang ingin hamil adalah 400 mikrogram atau mcg (0.4miligram atau mg). Terdapat dua jenis ­persediaan pil asid folik; sama ada 400 mikrogram (0.4mg) ataupun 5mg.

Selain itu, asid folik juga ada terdapat dalam kandungan multivitamin dalam dos berbeza yang lazimnya kurang ­daripada dos minimum 400 mcg yang diperlukan itu.

Memandangkan asid folik bersifat larut air, kandungan berlebihan lazimnya akan dibuang melalui air kencing. Mengambil dos 5mg itu sememangnya berlebihan tetapi masih ­tidak mendatangkan mudarat. Saya tidak pasti sama ada mengambil
dos lebih daripada itu mendatangkan masalah serta mengapa perlu me­ngambul dos lebih daripada 5mg.

Pengambilan asid folik hendaklah dimulakan apabila wanita berhasrat untuk hamil kerana ia seelok-eloknya diambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum
hamil, malah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil bagi wanita yang bayinya pernah mengalami kecacatan sistem saraf tunjang (tiub neural). ­Untuk dewasa juga, asid folik elok untuk kesihatan.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambilasidfoliksebulansebelumhamil/Article/index_html#sthash.CEnRJsOa.dpuf
Saya ingin tahu mengenai pengambilan asid folik. Ia difahamkan baik untuk wanita hamil dan persediaan untuk hamil.
Tetapi adakah sebarang jumlah maksimum untuk kandungan pil asid folik yang perlu diambil seseorang itu? Adakah ­sebarang kesan sampingan jika seseorang ­terlebih mengambil asid folik?
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambilasidfoliksebulansebelumhamil/Article/index_html#sthash.CEnRJsOa.dpuf

Yang belum kawen, cepat-cepatlah kawen

Seronok setelah bergelar isteri.

Kalau di hitung-hitung, sy baru je kawen selama 5 bulan 2 minggu dan 2 hari.
Celik je mata bangun tido, wajah pertama yang sy nampak adalah insik suami.
Orang terakhir yang sy tengok pulak sebelum lelap mata, jugak incik suami.

Sy seronok bangat menjadi seorang isteri. Yang belum kawen, cepat-cepatlah kawen yoo!! 

Berusaha TTC (Trying To Conceive)..... Means usaha untuk mengandung...

Assalammualaikum...

 Seronok tgk diblogger-blogger yang share info dan tips yang berguna kepada TTC nie...

So, antara usaha yg sy dah cuba nie bg tempoh 5 bulan sebagai isteri :-:

i)Amalkan Jus Delima Gulsan (bulan ke-2 perkahwinan kami)

Alhamdulillah IncikHubby support apa sahaja usaha sy untuk mengandung... 
Sy makan tak sampai sebotol pun... tu pun berkongsi dengan IncikHubby... Makan setiap pagi masa sebelum pergi kerja tue~
Lagipun Jus Delima Gulsan nie murah je... RM15.00 sebotol... ;)
Masam-masam rasanyeee... IncikHubby x berapa nak makan sbb masam dan perut meragam.
 
ii) VCO (bulan ke-3 perkahwinan kami)
Ni pun berkongsi dengan IncikHubby... Makan setiap pagi masa sebelum pergi kerja tue. Harga RM 37 untuk 60 biji. IncikHubby x berapa nak makan sbb di alahan ngan ubat tu. Sy pulak period x menentu pulak. ok, kita stop ubat tu.

iii) Makan Folic Asid (bulan ke-5 perkahwinan kami)
Hari ni cuba dapatkan folic asid kat klinik hafizah ni. Ramai yg syorkan utk amalkan. Nanti try sama2 ngan IncikHubby. :)
Folic Asid nie sy dapat FREE je kat Klinik Panel .

Semoga usaha kami berjaya...