Wednesday, November 9, 2011

NADI 20

NADI telah ku lalui...kursus jati diri yang agak mencabar jugak!!! 31 Okt  - 3 Nov 2011 telah berakhir...asyik kena pamping jerk!!!!~~.... semestinyer penat  balik dari Sungkai, Perak..... time kaseh sume sahabat Pak Ya, Pak Din, Pak Nasa, Pak Tohir & Pak Azman..... yang bnyk bg transfomasi pdku..... dan sahabat sahabat sume... liya jari, eida limpe, poh bibir, farah rahim, diba kelopak mate, siahh, masni telinge, ta, ustazah tasnim hati, syaidatul hidung, hada, wa, era pankreas, yanz dagu dan sahabat2 lain ah....time kaseh byk2 harap kekal sampai bile2 sahabat2 ni...hepi sgt2 ngn kamooo sume, byk pngalaman kite bersama... xkenal maka xcinta.... 

Hrp kite sume dpt menyenangkan hati org >>> kate Pak Din~~ "kAlau kite x dpt menyenangkan org jgn mnyusahkan org" ~~~"Cakap Buat"~~ huhuhu ---

Emosi ku: macam2

Salam sejahtera! Memang agak lama sudah tak menjengah di laman ini. almaklum ler kejeku yang agak banyak di ofis membuatkan diri ini agak terbatas utk berada di bloger ini!!!!T.k kepada zaza kerna sentiaSA menyokong diri ini untuk terus ber karya di blog ini...hari ini aku telah pun menyempurnakan aqiqah untuk diriku. Terima kasih kepada teman ofis yang menyempurnakan majlis itu dan berjalan lancar seadanya walaupun berlaku peristiwa pahit yang tidak diundang.. Antaranya terjadi insiden kepada bapa seorang staf telah 'disodok' lembu semasa acara igat lembu pagi tadi dan seterusnya terpaksa menerima beberapa jahitan di dagu...takziah..Peristiwa ke dua pula, dalam kemeriahan majlis gulai daging berlangsung pagi tadi tetiba tengaharinya pula dikejutkan oleh kecurian sebuah kereta kepunyaan staf  yang mana kereta tersebut di parking di perkarangan pejabat yang kami duduki ini. Keadaan itu di luar jangkaan. Sepanjang tempoh bermula 2009 di Imperial house itu, belum terjadi dan merupakan sejarah pada hari ini atas tragedi tersebut. Harap dapat membuka mata pihak terlibat supaya dapat menyediakan kawasan parking kereta yang lebih selamat kepada kami yang agak terpingkir ini.........sedih atas yang berlaku walaupun mungkin ada hikmah disebaliknya.....

Tuesday, May 17, 2011

Minit Pagi Bil.19

Nak buat minit perlu ketenangan dan fokus...kalau suasana bising & mood kacau mmg x dpt fikir ayat2 yg sesuai untuk minit nih!!!!owh!!!beriku kemudahan !!!minit oh minit !!idea!!!!!

Monday, May 9, 2011

Minit Mesyuarat Pagi Bil. 18/2011

Akhirnya dapat juga aku siapkan minit mesyuarat pagi bertarikh 8 Mei 2011 setelah ku peram 2 hari  gara-gara ribut/petir dimalam hari.....ingat menyiapkan minit dimalam hari tetapi kerana ribut/petir terpaksa ditangguh kerjaku itu......kerana tidur lena dibuai mimpi.....tunggu respons pegawai untuk pindaan selanjutnya......

Thursday, April 28, 2011

Semakan semula

Insya-Allah demi kebenaran, saya telah meminta OUM teliti semula markah semester september 2010 ... kerana keliru dengan keputusan tersebut...Adakah Oum tersilap atau diriku tersilap!!tawakkal sahaja!!!

Wednesday, April 27, 2011

Kenape?????

Saya tak pernah kenal awak. Dan saya yakin awak pon tak pernah kenal saya. Tapi kadang2 saya rasa saya mcm kenal sangat dgn awak. Macam saya dah tau semua rahsia awak. Sedang hakikatnya, nama awak pon saya tak tau. Mungkin bunyinya klise, tapi ada saatnya saya rasa kita seperti berbicara dengan bahasa kita sendiri. Sepertinya, kita biarkan mata yang meluahkan segalanya. Ya, selalunya kita jauh. Tapi seolah olah kita tak henti2 berbicara. Saya tak tau itu sekadar usikan perasaan atau sememangnya kita berada dalam nada yang sama? Kata orang, pasangan yg sejati tak perlu ayat romantis panjang berjela. Cukup dengan jelingan mata, sama2 sudah mengenal irama hati masing2. Apakah.....hati kita seirama? Apakah....awak mampu tafsirkan segalanya dari mata saya? Lebih dari itu, apakah tangan awak juga menadah memohon utk sesuatu yang pernah saya tangiskan pada-Nya?

Wednesday, April 20, 2011

Tak DisanGka!!!

TeringaT masa aku beli kereta viva biru 3 thn lepas iaitu pada 2008....mama tanya nak beli kete ape? MyVi atau Viva? Akhirnya pilihanku viva auto dek kerana baru keje dan gaji tak seberapa!!!!Usha gak MYvi dari jauhx2!!mama kata x per!!mama support separuh!!!Pikir-pikir sampai bila nak harapkan mama jerk tanggung kan?????akhirnya viva biru jadi pilihan!!!itU pada 2008!!!Setiap masa mama kerap berseloroh!!!kita tukar kereta baru erkkkk!!!!lagipun genap 3 tahun dah!!!!mmmmm!!!!hatiku berbunga!!!18 April 2011, mama ajak aku g booking kete MyVi!!!!tapi mama tanya????nak AlZa kerrerrrerrer????Rm 700 lebihx2 gork sebulan nk bayar!!!!aku pun kata!!!MyVi dulu orkkk!!!!myVi pun Rm580 sebulan bayar!!!!Okey lerrr!!!akhiRnya !!aku dapat idaman kereta 3 thn lepas!!!TungGU MyVI ku!!!!!!!!!!Silver/Grey????????????SurprisE?????Tunggu kedatangaNmu!!!!!!!!!!Agak-agaK 2 bulan gak!!!tapi kalau ade rezki awal bulan depan?????Mei 2011!!!!oWh!!!!!!!oWh!!!SukeRnyeR!!!!!!!!mYVi EzI!!!!!Waiting 4 u!!!!!!!!!!!

Tuesday, April 5, 2011

1st paper semester Januari 2011

Syukur..... aku menjawab dengan tenang soalan td... berharap dapat skore kertas itu... bersemangat untuk study 2 kertas lagi....sbma 3303, sbma 4103 yang akan diduduki pada 7 dan 8 April 2011 nanti!!!!!.....Ya Allah! Berikan kemudahan kepadaku serta jauhkan kepayahan dalam menjawab soalan-soalan tersebut ...Jauhkan aku dari sifat malas dan terapkan sikap rajin dalam diri ini....Aminnn!!!!

Tuesday, March 22, 2011

24.3.2011 Mesyuarat Pra Pengurusan di Jabatan Pendaftar

EsOkk Mesyuarat Pra MP ke-52/2011 !!!!!aku tengah siapkan status tindakan MP 51/2011 untuk disemak oleh Pendaftar & Timbalan Pendaftar (Bos ku!!!)!!!! sempaT ker siapkan status tu hari ini!!!!! Minit Mesyuarat Pagi bertarikh 22.3.2011 belum aku siapkan lagi!!! OHhhhOHHHHHhhhhhh!!!!! kepalaku serabut dohh!!!! Maren mujur sempat fotostat 2 folder Pra MP tu!!!!!! WaSErrrr nop cuTiiii!!!!

Monday, March 14, 2011

ImpiAn taHun lepaS x2

SYukUr keHadraT Ilahi akhirNYa aku berjaya  membeli laptop buaT diriKuuuu dengaN simPanaN duit tabungkU!!! PTPTN!!!! walauPun haNYA laptoP Mini EcER... kuikuikuikui!!!! pas ni x der ler aku berebut nak guna laptop lagi!!!!!! lagipUn terlalu banyaK yanG perLu dilakuKan deNgAN laPtOp tuu!!!! coLoR mErAH!!!! CuTe!!!!!

baTuk & SakiT TeKaK & suaRa tiaDa!!!!

MinGGu ke-2 aku kena sakit tekak!!!!! FuHHHhhh!!! bolEh TahaN keseksaaNnyER!!!! habis semua anggOtaku sakiT2..... x tahaN saKit Kepala!!!!! emosI pun nak marah jerKKK!!! naK studY x laraT!!!

Monday, March 7, 2011

EmosI tak stabil hari ini!!

Badanku seram sejuk dan kepala pusing... kena siapkan minit mesyuarat untuk pagi esok.... jom dengar surah yassin untuk redakan golodak perasaan ini....oh TuhaN engkau lindungi aku dari segala kesulitan ini....

Sunday, March 6, 2011

BisING!!!!!!!!

huhuhHUUHhuuuuhhhhhhhh!!! tengAH siapkAN miNit MesyuRaT paGi bertarikH 6 Mac 2011. NexT meetiNg esOk pulAK!!!!.. SaKit paLer sebAb mulUt dia BisING caM dia sorAng jeR yaNg wat kijer..... wat keje senyap2 jerk... keje ngan tangaN ke ngan mulut... huuhuhuuhhhh..... pening pale nak mikir minit lagiii!!! dengAr suareEE dia yaNg bisiNg laGiii!!!! oraNg laIn bising dia maraH tapi diA bisiNg taK perrrr????? kurEnG sunGGuHHHHH!!!! TertEkaN aKu disiNi!!!!

Sunday, February 27, 2011

TaK suKErrrrrr

keNapA? palInG tak suker bila orANg taNYa bilA naK grADuaTE????? blaJAr x habIS-hAbiS!!!!! huhuhuhuhuhu!!!!!! hahhahahhah!!!!! laWAknYERRRR...... inSyallAH ....kalaU tiaDA aRAl akaN habis belajaR DisembeR 2012....... aku pun terseksa jugaK sebaB MasaKu terHaD!!!!! AsGmeNT anD ExaM!!!! sTRESSSS yeRRRR juGaK bilA PapER suSaH daN STuDy tak leeH naK kecHaP!!!!!! FuHHHHH!!!!! tapi Aku cuBa berSaBAr dan bEruSaHa daLam mengHarunGi kesulitaN itu!!!!! BerikU kemuDahAn daN SemaNgAT kenTaL unTuk diriku!!!!!!   TaPi kenApa aKu NaK maRah jer bilA oraNG taNya soalaN itu??? Tak luAk puN!!!![mama kata gtu]

Saturday, February 26, 2011

MATLAMAT

Kita sering mendengar orang berkata ''tetapkan matlamat'' sebelum usahakan sesuatu.
Ada matlamat jangka pendek, matlamat jangka panjang . Kenapa perlu tetapkan matlamat? fikirkan...

M - masa
A - akan
T - tiba
L - lantaran
A - anda
M - mahu/mula
A - atau
T - tidak
>
Jadi, nampak kan? matlamat dikaitkan dengan masa...
'Masa' itu pasti akan tiba walaupun kita tak mahu, 'masa' juga akan berlalu
alangkah ruginya kita tidak mendapat apa-apa hasil ketika 'masa' itu tiba..
>
>
Jadi, rancanglah dengan teliti, tetapkan objektif dan matlamat anda, sekarang juga!

reNUNG-RENUNGKan

Si Perancang Masa Depan:
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.
>
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
>
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”
>
>
Si Pencari Haluan:
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
>
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
>
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri : mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
>
>
Si Pejuang:
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah
>
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap
yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
>
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Sunday, February 20, 2011

TEKANAN PERASAAN


Fuuhhh!!! berpeluh untuk mendapatkan maklumbalas2 bagi minit-minit berkaitan....surat edaran pun sudah jelas meminta dilaporkan kepada urusetia status minit-minit yang di edarkan tetapi kena juga call minta maklumbalas minit-minit itu...... perkara yang paling tak SUKER!!!!! meminta-minta........ TIDAK KUASA!!!!!! Berurusan dengan pegawai atasan ibarat diri ini ENGGAN DAN PIPIT........ bukan untuk merungut tapi kadang-kadang luahan perasaan dapat meredakan tekanan perasaan yang aku hadapi.... sekadar melepaskan gelodak perasaan yang membuak-buak dalam blog ini.... KERANI nak tanya tindakan pegawai-pegawai berkaitan minit tersebut..... CAM TIDAK SESUAI JERRRRK????????

Friday, February 11, 2011

Hanya mereka yang berani gagal sangat pernah dapat mencapai sangat.

Hanya mereka yang berani gagal sangat pernah dapat mencapai sangat." Robert F. Kennedy.
Kata mutiara hari ini membuat saya terfikir, apakah sesuatu yang saya benar-benar mahu lakukan dan dalam masa yang sama saya benar-benar takut jika saya gagal? Hmm ... ada beberapa perkara sebenarnya. Kegagalan adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan. Banyak kegagalan yang telah saya tempuhi. Walaupun saya tahu kegagalan mengajar banyak perkara baru, saya masih lagi takut jika terpaksa berdepan lagi dengan kegagalan.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda mahu capai sesuatu tetapi takut jika anda gagal? Adakah anda takutkan kegagalan hingga anda takut dan tidak mahu mencuba? Mungkin anda mahu menulis buku tetapi takut jika ia tidak mendapat sambutan. Mungkin anda mahu memasuki mana-mana pertandingan tetapi anda takut kalah kerana terlalu ramai peserta hebat menyertainya. Mungkin anda mahu berkenalan dengan seseorang yang begitu menarik perhatian anda tetapi anda takut jika dia tidak berminat untuk kenal lebih rapat dengan anda.
Walau apa pun situasinya, mutiara kata ini mengingatkan kita bahawa jika kemungkinan untuk kita gagal itu begitu besar dan hebat, kemungkinan untuk berjaya juga begitu besar dan hebat. Selamat mencuba untuk mencapai apa-apa sahaja yang anda inginkan.:)

Tuesday, February 8, 2011

PelAjaRaN segaLanyA

Salam sejahtera...... SyukUR kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menulis di ruangan ini... Hari ini terasa sedikit lega kerana segala tekaan/ masalah kekusutan fikiranku terjawab juga!!!! FUHHHHH!!! AMinnn!!! SEmesteR baru Januari 2011[ aku di tahun 4 - menyambung pengajian] syukur 2 paper killer dapat aku tempuhi dengan selamat dan lulus dengan baik... mengharapkan sinar kembali dan berusaha lebih gigih lagi pada tahun 2011 nanti........ mengharapkan kenangan pahit 2010 dapat aku luputkan dari memori dan teruskan semangat baru 2011!!!! good luck to me!!!!!YESSSS!!!!

Friday, January 14, 2011

LeTih SunggUh

Salam sejahtera..... Minggu-minggu yang dilalui sungguh letihh.... letih dengan segalanya... letih dengan kerja-kerja ofis yang tidak berkesudahan.... bulan pertama tahun baru jadual kerjaku cukup padat... sampai mlm aku bekerja... hari minggu pun perlu datang ofis sbb kerja-kerja tu x sempat siap time office hour... kenapa x siap????? kerana errmmm... nasib lerrr...pelan tindakan telah pun aku buatkan....... tapi itu semua tu sia-sia jerkkkk.... sekadar coretan semata-mata...... buang karen otak pikir jerkkkk....tapiiii semua tu sebenarnyer cabaran untuk aku... cabaran??????? atau semua itu ujian/dugaan Yang Esa... moga aku tabah menghadapi cabaran tempat kerja dan berjaya dalam pelajaran.... AMINNNNNNNN....