Saturday, March 28, 2015

29/3/2015 - 20w 5d @ 5 month already

Alhamdulillah, melalui saat ini yg dinanti. Baby kecil di dalam rahimku. Tp pada masa yg sama rasa kaki tangan kebas je, pastu perut rasa sakit sikit kat bahagian bawah. Serius, tiap kali sakit perut sy akan terfikir pasal baby. Risau, bagaimana agaknya keadaan dia di dalam rahim ku. Hurmm... tapi tiap kali itu juga sy akan berdoa semoga Allah memelihara anak dalam kandungan dalam kandunganku. Sakit tu mungkin juga sebab baby baru nak membesar, risau jgk. Harap ye baby ok, mungkin rasa sakit tu tekanan dari rahim yang nak membesar.
Alhamdulillah, diri ini xada sebarang alahan. Boleh hidu bau apa pun, xpening, xloya, xmoody and xalami perubahan emosi macam sesetengah orang. Mungkin sedikit manja dan cepat menangis. Tak tahu kenapa. Tapi saat tu sangat mudah tersentuh. Perut juga makin membesar, boleh rasa yang diri sedang mengandung. Perasaan yang sukar dinyatakan. Subhanallah...... begitu besar kuasa Allah. Dalam badan manusia, ada manusia lain yang hidup dalam alam yang berbeza. Alam Rahim. Hari-hari berlalu dengan pantas. Terima kasih pada suami kerana begitu menitik beratkan kesihatan ketika mengandung.

Thursday, March 5, 2015

Anemia pun dah kena

Assalam. Kisah ke klinik minggu ini.

2/3/2015 - checkup hamil di kd cendering - diberitahu bacaan hb adalah 9.9. bacaan ditahap pemantauan la pulak. alamak. Misi kat kd pun dah tulis angka tu dgn warna merah. Owh, dugaan pada usia kandungan 4 bulan. Nurse pun dah start membebel & suruh mkn ubat ion tu 2 biji sehari. Sebelum ni mkn ion sebiji pun kadang-kadang sy skip jugak. 2 kali ni, apatah lg. Takut yerr. Patut ler penat je badan ni. Dan teruja sbb berjaya control result bsp (test darah dihujung jari 4 kali hari ni) memuaskan. Semua nilai dibawah 6.0. Alhamdulillah. Semoga dapat control diet pada hari bsp yg ditetapkan. Tetapi kecewa kerana dalam diet tu membawa kepada anemia pulak. Pemakanan tidak seimbang menyebabkan keadaan ini. Misi kd cendering suruh ke klinik air jernih esok utk ujian darah dimakmal utk kencing manis & anemia.

3/3/2015 - jam 7.50 a.m dah tersusun pesakit. No. 38... Fuhhh, berasap nunggu turn. Bilik 2, Bilik 5 dan bilik 6 pastu kena turn bilik 2 pulak. Asyik ulang2 dibilik2 tersebut. Penatttt... Hari ni kiri kanan lengan jadi mangsa bengkak urat angkara 2 picagari darah diambil utk test makmal 2 jenis penyakit. Mc kali ke7 bagi tahun 2015 sbb sgt2 letih dan penat menunggu giliran menyebabkan sakit urat pinggan. Kepala pun dah ting tong sbb dari jam 7.50 a.m - 11 a.m baru selesai proses checkup. Lepas selesai baru la g mkn ngan abg. Kesian baby dalam perut kelaparan.

** Bila dah kena penyakit ni baru try google perkara berkaitan:

Tanda-tanda anemia :
1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan anemia kepada ibu :
1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan anemia kepada kandungan :
1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.
 
Untuk menangani anemia ialah dengan pengambilan banyak zat besi.
Cara meningkatkan pengambilan zat besi melalui makanan
1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.
3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.
4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.
6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.
7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.
Pengambilan Hematinik
1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.
2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.
3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi.
4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.
5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.

**Doakan semoga sy & baby dilahirkan dgn selamat tanpa menghadapi apa-apa masalah.


Terdapat pelbagai simptom yang menjurus kepada permasalahan ini. Antara yang lazim termasuk: keletihan lemah anggota badan terasa seakan hendak atau mudah pitam muka kelihatan pucat & lesu jantung berdegup lebih kencang dari biasa loya sakit kepala & pening mudah lupa keradangan pada lidah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Terdapat pelbagai simptom yang menjurus kepada permasalahan ini. Antara yang lazim termasuk: keletihan lemah anggota badan terasa seakan hendak atau mudah pitam muka kelihatan pucat & lesu jantung berdegup lebih kencang dari biasa loya sakit kepala & pening mudah lupa keradangan pada lidah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin