Sunday, February 26, 2012

Kadang2 jealousy can kill friendship

(^_^) TP DI MANA KEBENARAN NYA.... Masalahnya aku confuse, am I being jealous or am I just being angry?kawan baik? kawan betul? kawan karib? Perumpamaan, saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..Kita akan rasa rendah diri kalo kita banding ikan kita ngan ikan org lain yg lebih segak.Bos korang selalu puji korang x??? jgn la asyik nk m'nyalahkn org lain. Aku pernah la cuba cakap terima kasih bila org puji, tapi ada pula yang bagi muka lain macam; tiba2 diri nie terasa dihargai oleh bos.. Segan pulak bos puji depan lain2... 

Friday, February 24, 2012

Segalanya kuserahkan pada-Mu.

Ya Allah, jika dia yang Engkau ciptakan untuk mengisi KEKOSONGAN ini, sampaikanlah kepadanya..jika dialah yang TERBAIK untuk hidupku dan agamaku, maka mudahkanlah jalan ini untuk ke sana..jika dialah yang tertulis sebagai TEMAN hidup dan matiku, PANJANGKANLAH hubungan ini serta ikatan ini hingga ke akhir hayat..✿~


Di sisi ada "dia", akan ku tetap menunggu sehingga SAAT itu menjelma, moga dipermudahkan urusan ini ya Allah.. wallahua'lam.

PENANTIANku

PENANTIAN adalah satu ujian,
tetapkanlah aku selalu dalam HARAPAN,
karena keimanan tidak hanya diucapkan,
adalah KETABAHAN menghadapi cubaan,
SABARKANLAH aku menanti pasangan hati,
tulus kan kusambut sepenuh jiwa ini,
di dalam masa diri menjemput berkahMu,
tibalah izinMu atas harapan ini,
Rabbi TEGUHKANLAH ku di penantian ini,
Berikanlah CAHAYA terangmu selalu,
Rabbi hanya padamu ya doaku ini,
Duhai tempat MENGADU segala rasa diri..

>>>rindu pada kamu ♥♥♥... Ya Allah, padaMu ku serahkan segalanya.. permudahkan segala urusan kami menuju ke jalanMu.. wallahua'lam.

Ku mohon ketenangan.

'Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk Allah. Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah. Andai pencarian ini masih belum kutemui,Ya Allah damaikanlah hati.Biarlah resah menarik sepi. Biarlah kecewa meratap pergi. Biarlah kasih mengikat diri.Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati. Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu..'

Aku berharap.....


Assalamualaikum...

Saja je nk update blog ptg nih, rehat sebentar.Jap g nk sambung study semula. hehe

Td sempat jg layan fb, tgk gambar kwn2 ramai yg sudah menamatkan zaman bujang. Tumpang bahagia... tahniah korang... :-). terasa kehilangan kwn2 pulak. mereka sudah di ambil org. huhu...
Aku je yg belum lg. hahaks. malas mau fikir bab2 kawen nih. haha. Lom sampai seru kot...

Bkn mudah utk mencintai org yg kita cintai, dan bukan mudah untuk dicintai oleh org yg kita cintai....

Bkn mudah utk bertemu yg betul2 ikhlas memilih kita sbg isterinya... InsyaAllah ada suatu hr nnt, pasti di temukan... cuma bkn skrg, bkn esok n mgkin 1thn lg, 2 thn lg, 3 thn lg dan seterusnya...

Hurmmm....
aku ingin perbaiki diri, akhlak dan ilmu dulu b4 aku di miliki n memiliki. Mudah2an aku bertemu dgn insan yg benar2 ikhlas n serasi dgnku.... Aku xmo dia memiliki aku sbb aku, cute, pandai or sbb aku menarik ke...
bkn itu yg aku mahu...

Tp aku mau dipilih kerana aku layak utk menjadi isterinya, utk dikasihi dan dipimpin. Bukan juga kerana umur, asalkan insan itu bole membimbing aku, anak2, keluarga dan masyarakat.

Alangkah indahnya, dikurniakan suami yg sentiasa mengajak aku mengingati Allah. Aku impikan suasana rumahtangga yg sentiasa dlm InayahNya... Solat berjemaah bersama2, bacakan hadis2 setiap kali lepas solat. Aku terpikat pd lelaki yg rajin mengimarahkan masjid n surau. Bahagiakan...

Ya Allah, semoga termakbul segala impian...
InsyaAllah aku cuba yg terbaik utk menjadi yg terbaik pd mama n adik2 dan suami & anak2....
Ameeen...


Haish... itu just impian... aku mau fokus dlm study dulu... jd pelajar cemerlang dulu. insyaAllah...


klah... nk sambung study...

Wednesday, February 22, 2012

Hati ini

Aku bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP..siapalah diriku ini untuk MEMILIH berlian sedangkan aku hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana..tetapi aku juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yang bakal dinobat sebagai AHLI SYURGA, memimpinku ke arah tuju yang satu..bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku PERLUKAN..aku akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran PERJUANGANMU.



Yang dicari walaupun bukan putera raja, biarlah putera agama...
Yang diimpi biarlah tidak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati ..
Yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada ada matlamat..
Yang datang tak perlu rijal yang gemilang , kerana aku SERIKANDI dengan silam yang kelam ...
Yang dinanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia..
Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati, aku redha ketetapan Ilahi itulah ketentuan sejak azali..♥..♥

Saturday, February 18, 2012

Nape???

Gelagat rakan ofis ku ini macamx2.. Perli kepdku kah???? Ditanya kepadaku kenapa namaku tiada dlm kursus dot.dot.dot..... Ku jawab; x kesah pun kalu disuruh pergi ku pergi tp kalu nama x de dlm senarai ku ok je...kita kan hanya mengikut perintah... boleh pulak ditanya soalan begitu hanya utk menyakiti hati ini (benci soalan). Soalan lain pula... Banyak keje kerrr? Uishiissssshhhshhshsss....tanya macam nk tolong jerk... tp rupanya nk tambun keje yg x sepatutnya..... Marahx2...sbb saya benci soalan. MALAS NK JAWAb!!!!!!!!!!!!!!

Petunjuk buatku

Aku tidak perlu menyesal maupun mempedulikan apa yg telah diperkatakan kepadaku. Insyallah. Semoga segala kata semangat yg sedikit sebanyak membuatkan aku goyah akan dpt ditepis dan aku terus bertahan utk mengejar segulung ijazah. Keluarga terutamanya Ibuku sentiasa memberikan kata sokongan yg padu kepadaku jua adik beradik yg lain. Tetapi terdapat segelintir pihak luar yg begitu mempertingkaikan kenapa memilih bidang yg begitu jauh menyimpang daripada skop tugasku di pejabat. Minatku jua kepada bidang pendidikan dan ke arah pengiraan. Bagi mencapai kejayaan, kita perlukan keseronokan dan minat pada sesuatu pekerjaan. Pengalaman lampau, semasa pengajian di peringkat Diploma, aku cuma berpuas hati kerana berjaya mendptkan segulung diploma tanpa dapat berbangga dengan keputusan yang hanya ckup2 mkn shj. Alhamdullilah..... Semoga Ijazah ini nnti aku berharap dpt mencapai pointer 3 dan ke atas kerana ingin berbangga dgn ijazahku walaupun hanya belajar di pengajian swasta..... Terima kasih Pensyarahku yg telah menyuntik semangatku utk terus berjaya..Semoga kalian dilimpahi rahmat dan kehidupan yg sempurna dunia dan akhirat. Amin..

Wednesday, February 15, 2012

Berikan aku peluang untuk cinta..

Tuhan pnh berikan aku cinta dan aku dipertemukan dgn sang adam tp cinta yg aku dpt tidak berpanjangan,ada aje dugaan yg dtg,,sehingga ke saat ini hidup aku sepi tanpa sesiapa yg mencintai n menyayangi aku,namun aku perlu teruskan hidup walaupun disudut hati ini sudah tiada sang adam yg pernah singgah,,semoga auatu hari nanti Tuhan akan beri aku cinta sekali lg,,insyaAllah

Friday, February 10, 2012

Istikharah

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu, 
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, 
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. 

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan daripada memilih apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai daripada memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri. 


p/s utk diri ini kerana akhir2 ini terlalu memikirkan mungkin kerana persekitaran.

Thursday, February 9, 2012

Jodoh

Jodoh adalah milik Allah dan rahmat ini akan hanya diberikan kepada mereka yang Allah kehendaki. Seseorang yang jauh dari rahmat jodoh sebenarnya sedang mengalami satu musibah. Musibah ini adalah kerana pelakunya ada membuat kesilapan....