Wednesday, November 26, 2014

Baby comel sgt

Gambar baby comel mmgbuatkan kita geram nak tgk kan.... dengan matanya yang sgt bulat.. plus lagi yg montel-montel.. mmg geram nak pegang n picit-picit dia.... tengok hasil pencarian yg berkenan di ati yang mmg sangat comel tiada tandingan... hehehe




                                                             -sweet yerrr-

                                                                 -cute yerrr-

Sy belum mengandung lagiii.... Cuma berharap jugak dapat rezeki buat kami....

Gagal lagiiii!!!

SALam semua
Sy gagal lagi peperiksaan..... Tension tol la..... Tahun nie thun ke3 sy ambik periksa KPSL (kenaikan pangkat secara lantikan).. Walaupun dah tinggal 2 paper je tp sy gagal kedua2nya.... Thun 2012 kali pertama sy exam, sy lulus slh 1 drpd 3 paper yg perlu diambil.. Thun 2013 & 2014 ambik exam dgn harapn lulus lg satu paper, sekurang2nya... Rupa2nya, kedua2nya hampeh........

Monday, November 17, 2014

Batuk, sakit tekak & demam

Sy batuk-batuk sejak hari ahad yg lalu ... Manakala incik suami pulak dah terkena batuk & selsema 2 mgu yg lalu ... kat office sana sini dengar kawan2 yang terbatuk-batuk dan sebab penyebab nya biasalah kannnnn ......... udara yang sejuk plakkk sampai gelap keliling dan menganggu pemandangan ............ walaupun banyak minum air masak terkena jugak batuk...... malas nak makan ubat.. petang karang kena cari Gula-gula Hacks ........ah,ah malasnya nak pergi klinik walaupun klinik dekat dengan rumah ...........okeh tahan lagi kali ini dah sakit tekak pulakkkk dahhhh ..........suara dah mula bunyik lain plakkkkkk dan demampun dah mula datang serta merta.............sebenarnya sya dah lama tak demam, batuk-batuk dan sakit tekak.. Buat keje ofiice pun x selesa sbb asyik batuk2.


Ya Allah, sembuhkan lah kami dari segala penyakit. Aminnnnn..

Saturday, November 15, 2014

Sy dengan dunia sy

Assalamualaikum.
Seronok pulak menulis di blog ini. Sy hanya dengan diri sy. Jika sy rasa tak keruan sy dapat menulis disini tanpa halangan. Sy kadang2 letih jugak dengar rungutan dari kawan2 ni. Tentunya semua org TIDAK suka mendengar rungutan demi rungutan kan. Oleh itu, dengan menulis disini sekurangnya hati sy terhibur. Sekurang-kurangnya jika kurang bercakap, dapatlah dikurangkan sedikit dosa umpatan yg terkeluar dari mulut ini.

Hari ini ada beberapa perkara yg membuatkan hati sy terguris. Sy juga manusia biasa yg kadang2 terguris dgn kelakuan rakan2 tanpa sedar. Situasi seperti berikut:-walaupun  kecik tapi tolong hormat privacy sy.

Situasi pertama.
Jam 1.30p.m - tido sy dikejutkan dgn suara yg tinggi. terganggu tido sy. pastu bertanya soalan2 yg simple. antara dialog2 spt ini:
Adik S : kak mas!!!! (3kali)
Sy : Iye. ( terpinga2 jawab) 
Adik S : Borang ni nak isi camne?
Sy : Cuba baca yg tertulis disini. Tandatangan pegawai yg diberi kuasa memesan bermaksud pegawai seksyen lorrrr.. (dalam keadaan mamai)
Adik S : terima kasih dan blah...

*** Dalam hati sy merungut. Olos, kenapa x leh tunggu jam 2.00 p.m (ofis hour). Sy sebenarnya x ikhlas menolong hari ni kerana sgt2 terganggu. Bosannnnnn kejeeeeeeee.

Situasi kedua.
Jam  2.30 p.m - seorang kakak bertanya dalam nada tinggi.
Kak A : Nak tanya ni.
Sy : Ok. pe dia?
Kak A : Ini cabutan Mesyuarat Pengurusan yg awk buat. Nak guna perkataan cabutan mesyuarat pengurusan atau mesyuarat pengurusan universiti. kat edaran yg diterima ni hanya tulis Mesyuarat Pengurusan je.
Sy : Kalu biasa2.
Kak A :  Mesyuarat Pengurusan Universiti
Sy : Ok, boleh guna lake. Nak molek ikut cabutan larrr  ( sy tahu lar tertinggal perkataan Universiti jer. keje rutin kan, agak2 lar. kecik pun berkira.). Ikut mana bos awk suruh larrrr.... 
*** Kalu salah wat keje nampak sgt. Hok salah kite jerkkk. :(

***Alhamdulillah, sy rasa legaaa dgn cara sy. Sekian.



Hadiah dari suami.

Assalamualaikum sahabat.
Alkisahnya pagi ini bersiap2 ingin ke ofis. Tetiba incik suami hulurkan ini. Bawak g ofis ye dan jgn lupa guna tu. Abg dan caskan pun untuk syg. Kuiukuiukuiiiii... Erk, dpt hadiah pulak pepagi gini. Alhamdulillah. Agak2 nye kes si isteri ada merungut bateri asyik kong jerk. Tindakan pantas pulak incik suami hadiahkan isteri ye... Terharu pulak sbb incik suami takecare sgt2. Luv u till jannah. Semoga CINTA kita akan tetaP UTUH dan bahagia selalu ye.


Terima kasih abg!



Tuesday, November 11, 2014

Hari kahwin saya < 3 Mei 2014> di Permint Jaya Chendering

SELAMAT PENGANTIN BARU kepada diri sendiri..dah 6 bulan lebey sy menjadi isteri kepada incik suami

kat bawah ini saya tayangkan gambar detik-detik hari bersejarah saya menjadi suri hati di taman EN MOHD SHAUKI..
 
Semasa akad nikah pada 3 Mei 2014 di Permint Jaya Chendering. Pengantin perempuan kena sorok kat bilik atas...

Selesai dimekap oleh jurumekap yang khas dari butik pengantin. Sy nampak pucat kerana liptiks tu pink lembut.

Taraaa... Lipstiks merah dicalit ke bibir agar lebih berseri. Seri pengantin gituu... :)


Akhirnya, saat sah bergelar isteri... Sesi batal air sembahyang.

Ni pulak, kami bersanding bersama bagi persalinan ke-2. Cantik kan pelamin. Simple jerk dgn rose pinky. 

Ini lah keluarga besar sy. Welcome dear.. Bersama mama dan adik2 yang banyak berpenat lelah bagi majlis ini. Sy sayang semua.
 
Ini pulak keluarga mertua. Bertudung koko itu mak sy. 
 
9 hantaran yang sy berikan untuk incik suami.

Selitkan 1 gambar sehari sebelum majlis perkahwinan sy. Sy nampak kurus larrr masa tu. Sesi siapkan bunga telur buatan tangan sy & adik2. 


tamat sesi majlis akad nikah pihak perempuan. bersambung pulak nanti majlis sambut menantu... hehhehehehheeeee





.:TAMAT:.
 
 
 
 
 
 

Sejuk ye disini kerana hujan

Assalamualaikum.
Rindu untuk menulis di blog ini. Tiada kesempatan kerana terlalu padat dengan keje yg biasa-biasa je. Alhamdulillah, hujan turun renyai2 diluar tingkap. Keadaan cuaca yg tidak menentu ini menyebabkan sy malas nak keluar. Sejuk je kat dalam ofis ni. Terima kasih kerana diberikan nikmat ini.
Seronok duduk di meja sambil makan 'halwa manis' ni. Rajin-rajinkan diri jugak menjenguk fb dan insta.

*** Dihati terdetik untuk snowash kete ptg ni tp kerana cuaca redup & sejuk terbatal niat pulak. Jimat rm5. hehehhehehehehheeeeee